May 11, 2020

Buat Air Detox Soda Tambah Bunga Telang

Bismillahirrahmanirrahim --
Air Detok Soda

First time minum Air Detox Soda masa saya jalan-jalan di Pasar Tani depan Souq Al-Bukhary Jalan Tun Razak, Alor Setar. Masa tu, saya tak tahu lagi nama minuman tu Air Detox Soda, cuma dalam balang air yang dijual tu saya nampak ada serai, lemon dan daun pudina, yang sangat ketara. Terlintas dalam kepala, macamana rasa air yang dibubuh batang serai?



Mula-mula saya terbayang sup Tom Yam, sebab ada serai. Mungkinkah rasa dia macam Tom Yam? Tetapi kerana ada lemon, saya agak mungkin rasanya berbeza sikit sebab air lemon ni sedap dan fresh. Lalu tanpa membuang masa saya, terus beli satu cup besar.

Kali pertama sedut air tu masuk ke dalam mulut, yang pastinya rasa minuman ais krim soda yang memenuhi rongga mulut. Tapi rasa ais krim soda tu, tak lah 'strong' sangat - mild-mild gitu. Rasa lemon tu dah pasti, dan bau wangi serai pun terasa. Selain tu rasa asam boi juga hadir bercampur dengan rasa segar pudina. Wah! Sedap betul... sangat refreshing!

Kelmarin, saya teringat air tu, yang namanya saya masih belum ketahui. Teringin rasa nak minum untuk buka puasa, memandangkan pokok pudina saya tengah subur dengan daun yang banyak menghijau - teringin nak buat sendiri!

pokok pudina


Saya pon Google lah - "minuman ais krim soda campur lemon dan serai' - dah tak tahu nama dia air detox. Google search result menunjukkan nama Air Soda Herbs, Air Detox Soda, dan Minuman Soda Herbs yang paling banyak. Tetapi saya tertarik untuk klik Air Detox Soda di blog qaseyhoney.com.

Wah... gambar yang ditunjukkan di laman web qaseyhoney ni pon sangat-sangat menarik dan menyelerakan (Gambar mula-mula tadi)... Haha. Apa lagi, terus saya baca bagaimana QH (author blog) sediakan air detox ni. Dan baru saya tahu, ianya tak lah susah untuk menyediakannya.

Saya terus capai kunci kereta, terus drive ke pasar mini Jalan Tun Razak depan Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat sebab kat situ saya pasti ada jual bahan-bahan yang diperlukan. Ya, saya terus dapatkan semua bahan-bahannya di pasar mini tersebut dan memecut balik ke rumah.

Bahan-bahan untuk Air Detox Soda seperti di blog Qaseyhoney tu adalah seperti berikut:

bahan-bahan untuk buat air detox soda

  1. Serai
  2. Lemon
  3. Halia Muda
  4. Daun Pudina
  5. Buah Limau Kasturi
  6. Asam Boi
  7. Ais Krim Soda F&N
  8. Bunga Telang
Ya! Yang No. 8 tu, bunga telang tak ada dalam penyediaan Air Detox Soda Qaseyhoney! Yang tu saya tambah sendiri sebab kebetulan Pokok Bunga Telang saya berbunga lebat jugak... haha..

Oleh kerana bunga telang ni pon banyak khasiat untuk kesihatan, saya pon terfikir untuk tambah - nanti air nya akan jadi biru sebab bunga telang ni orang buat nasi kerabu warna biru tu. hehe... Saya fikir kalau Qaseyhoney punya warna biasa, saya punya akan warna biru... tentu nampak lebih cantik! Oh yeahhh!

Apa lagi, saya pon hiris-hiris halia muda, nipis-nipis.

halia di hiris

Ketuk-ketuk serai tu dengan lesung batu... ehehe

serai

Hiris lemon, gumpal-gumpal daun pudina dan masukkan kesemuanya ke dalam bekas Tupperware termasuklah asam boi.

campur semua sekali dalam bekas tupperware

Yang tak dimasukkan hanya air limau kasturi, ais krim soda dan bunga telang.

Lepas tu, saya masukkan air panas. Mengikut Qaseyhoney, dia masukkan air suam. Tetapi saya rasa untuk mempercepatkan lagi kesemua lemon, halia, asam boi, serai dan pudina meresap ke dalam air, saya fikir baik saya masukkan air panas. Saya guna air Coway tu - tak payah didihkan air lah.

Banyak mana air tu? Saya bubuh separuh bekas Tupperware tu. Sebab nanti nak campur air sejuk sikit dengan minuman ais krim soda dan ais - jadi saya masukkan separuh jer lah kan

Sebelum saya masukkan air ais krim soda, saya masukkan bunga telang!

Dan last sekali saya masukkan ais krim soda dan perah air limau kasturi sikit. And... Tudiaaaa habaq hang! Amikkk....

masukkan air panas ke dalam bekas tupperware

Instead of air tu jadi warna biru... dia bertukar jadi warna purplish... Rupa-rupanya warna biru bunga telang tu, kalau dimasukkan air limau - warna dia bertukar jadi purple!!!! Hahaha... terkejut beruk kejap!

Nah... jadi berlainan langsung daripada air detox qaseyhoney!!!

Tapi, kita jenis tak kenal putus asa...


Kita hias jugak untuk ambil gambar hahaha... macam qaseyhoney buat... Hahahaa!!!

Tak menyelerakan langsung!!! Menyesal pon ada bubuh bunga telang...

Itulah... pengajarannya, ikutlah seperti ajaran yang asal kalau nak buat bagi sama. Ni nak buat pastu ubah-ubah... tembah itu ini kan...


Ni rupa sebenar air detox soda rekaan wafacw yang mereka-reka macam-macam, untuk berbuka puasa... hahaha. Tapi guess what, rasa dia sama dengan air detox soda yang saya beli di Pasar Tani Souq Al-Bukhary... nasib baik sedappp jugak!!.

Yang tak jadi hanya rupa sahaja!

Apa-apa hal, kalau nak buat jugak air detox soda ni - silalah ke laman blog Qaseyhoney!






--







3 comments:

  1. Dulu rajin juga buat tapi musim PKP ni soda tu macam susah nak dapat. Menarik juga letak bunga telang. Cantik jadinya bila berwarna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh... haah, another way to look at it... warna dia nampak cantik kalau gelas kosong tanpa slice of lemon, serai and daun pudina tu... purplish blue... nampak macam air keladi. Tapi untuk amik gambar sy rasa x sesuai la... sebab ingredients dalam gelas tak nampak hahahaha

      Delete
  2. Wahh looks marvelous! memang favourite air-air gini. huhu

    ReplyDelete