Apr 18, 2020

Coretan Pengalaman Berblog

Bismillahirrahmanirrahim --
celoteh
Hari ni sehari suntuk, dok godek blog ni, buat perubahan itu dan ini, termasuk theme. Nak buat lebih-lebih tak pandai. Tengok blog orang lain kebanyakan dah pakai template yang lebih mengikuti peredaran masa dan teknologi - tapi sebab sy ni berblog bukannya ada background knowledge coding atau sebagainya - jadi bab tu, sy x mahu lagi pesah. Saya rasa mungkin sy akan kekal dengan platform Blogger dengan domain blogspot ni hahaha.

Lepas maghrib tadi, baru sempat blog-walking, masuk blog-blog yang awal penubuhan blog dulu, mereka ni jadi references sy. Bila baca posting-posting mereka... teringat masa mula-mula berblog dulu. Bagaimana sy baru belajar apa itu berblogging dan macam-macam yang saya belajar, atau maksud yang lebih tepat BARU TAHU! hahaha...



Tadi sy nampak salah seorang blogger yang sy memang respect habis masa tu, post tentang viewer blog dia yang dah cecah sampai 6 juta... Saya teringat betapa committednya dia dgn blog pada masa tu dan sy rasa hingga sekarang, jadi tak hairan views blog dia mencecah juta-juta. She is awesome!

Dan tiba-tiba, sy teringat nak berceloteh sikit pasal pengalaman sy berblog yang tak lah lama tp banyak yang sy belajar. Tu yang sy sedang menulis posting ni... :p


Ini adalah antara design blog saya masa sy mula-mula nak seriuos blogging dulu. It was way back in DEC. 2013! Hahaha... Berapa ya? 7 tahun yang lalu!

Lama betul sy tinggal blog sy bersawang!



Ini pula first posting saya... Bila baca posting tu, nampak sangat saya sebenarnya buta blog. Apa yang menyebabkan sy buka blog sebab sy teringat nak buat kisah-kisah sy pergi bercuti dengan keluarga ke apa-apa ke pada masa tu sebagai rekod untukmacam hari ni lah... tapi last sekali it turns out macam-macam jadi as I learned many new things hahaha...

Posting tu masih ada KAT SINI.


Dan... sebenarnya, sy dah berniat nak berblog ni sejak 2009!... Tapi tak jadi... saya buka blog, lepas tu tak tulis apa-apa posting. Mungkin pada masa tu, bukan setakat saya zero knowledge pasal blogging... sy didn't even really know the actual purpose for having a blog. Rasanya pada masa tu sy suka baca artikel kat internet mostly pasal Photography - dan ada famous photographer yang sy follow article dia, pernah suggest dlm article to have a blog kut.

Ramai jugak blogger-blogger yang famous sekarang ni, atau successful blogger yang belum ada akaun blog pon lagi masa ni sy rasa. Tapi since most of them are young dorang ni cepat belajar dan serius belajar. They also had a specific purpose or purposes kenapa they blog whenthey start blogging. Unlike me hahahaha... Nak gelak besar la ni bila teringat pasal ni.

Tak silap saya ada beberapa orang bloggers yang dah sampai tahap sifu sekarang ni, yang mula berblog dalam lingkungan tahun 2009 ni. I can't imagine what they had gone through so far way back in those years untuk jadi tahap SIFU dan earn THOUSANDS of RM sekarang ni.

So, apakah pelajaran atau pengajaran yang sy belajar sepanjang berblog - berhenti - dan baru nak mula balik sekarang ni...

PURPOSE OF BLOGGING

Purpose! atau tujuan buka blog MESTI kena ada... kalau tak jadi macam saya.

Kenapa kena ada? Bila kita berblog, kita pastinya peruntukkan MASA untuk berblog!... Kalau yang buat Full-Time, masih OK. Tapi komitmen dia lagi berat dan effort dia lagi dasat. Kalau buat part-time, kena ada masa diluangkan untuk berblog.

Jadi, purpose for blogging ni la, yang tentukan samada kita ADA masa atau tak... atau WILLING to allocate masa mengikut jumlah yang sepatutnya in achieving your purpose.

Dan mengikut pendapat saya... deciding utk berblog ni atas purpose apa pon, nak achieve purpose tu from jump start... pastinya ambil masa lebih dari setahun. Setakat setahun tak cukup... kecuali, awak tu memang selebriti atau satu nation dah kenal you.

Orang sekarang ni kalau nak berblog... pastinya dia dah nampak gambaran kenapa dia nak berblog. Banyak dah contoh successful blogger... Apa-apa pon its up to you. No comment!

As for me... I am deciding what is my purpose of blogging right now and my plan is to achieve it in the most 2 years! So... that leads to the second Pengajaran...

LEARN AS FAST AS YOU CAN

Saya teringat masa I was recruited to become an Insurance or Takaful agent zaman purba dulu jugak... hahaha

I was led by my recruiter into signing due to a specific purpose... memang tempting and efficient dia punya presentation hingga I signed up. What happen after signed up? Dia kata, kalau nak start as an agent.. I have to have the PCE and CEILLI certificates... kena amik exam... lepas tu kena ada TBE... exam. Yang penting ada PCE&CEILLI dulu masa tu. Nak amik exam tu kena daftar and tengok tarikh available utk ambik exam di Sungai Petani... Saya dok Alor Setar.

So, utk cepat sy contracted as an agent... supaya dapat belajar jadi agent... what did I do was I registered ambil exam di MII nun di KL. Sebab sy dah boleh ambil exam the day after. Sy ambil tiket utk bertolak ke KL pagi esok... hari tu saya baca sikit buku pasal PCE/CEILLI... pagi esok tu bertolak ke KL.. Pagi tu
malam tidur rumah adik ipar sy.. keesokkannya pergi ke MII ambil exam. Habis exam terus balik ALor setar dengan result PASS utk jadi agent.

So apa kaitannya?

You have to move very fast... no time to wait!

Dari zero pasal insurance, macamna nak promote product kalau tak tahu apa-apa pasal produk. Kalau setakat referral lain... tak tahu apa-apa pasal insurance pon boleh close ramai orang. But as an agent... tak sama sebab once you are an agent, dia ada satu benda ni lekat atas dahi you... CREDIBILITY... hahaha.. kena tunjuk credibility... nak tunjuk kena ada and untuk ada bukan boleh ada gitu jer.. kena EARN... bila dikatakan kena earn... it relates to, again.. TIME!...

So, kena CEPAT belajar!!!

Aduhhh... baru cerita dua benda ni.... banyak lagi dalam kepala...

Tapi dah letih lah menaip...

I guess sampai kat sini je lah celoteh ni...  Yang lain tu.. saya selit-selit dalam post-post in the future!


Hope, you all yang baca ni tak buang masa baca celoteh saya. Macamana? Sit back and think again... What have I been telling here and where are you now, and what have you achieved.

Kepada otai-otai blogger yg tersinggah di sini... Komen sikit... Kritik sikit... but be kind... ok hahahaha. You all have been successful. Mungkin nak share sikit dgn sy. Kalu tak direct info... kias pon tak apa... kan...

--
Allahualam.
Wassalam--



9 comments:

  1. Mudah2an berjaya menjadi blogger hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jadi blogger lebih pandai jer wak hahaha

      Delete
  2. Keep blogging, bila dah jumpa 'tune' yg betul pasti rasa lebih seronok..sy dulu pun niat nak tambah income je, kini dah tercapai cuma nak maintain je lagi..blogging dah x sehebat dulu, sejak ada socmed spt Fb dan insta tapi syukur carian d 'search engine' masih banyak..fokus entry seo je lah utk kekal relevan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. thanks for the encouragement words.... tqvm. yaaa... I am looking for the pure fun of blogging... sambil2 belajar buat entry SEO

      Delete
  3. keep on blogging. ada kalanya menulis di blog salah satu hobi yang best juga kan.

    ReplyDelete
  4. CCL pun mula2 berblogging ni just sekadar hobi untuk diari kehidupan je..makin lama makin best pulak dunia blogging ni

    ReplyDelete
  5. noe buat sbg hobi je blog ni.. ada mood datang...taip la..biasanya jarang mood nk datang..hihi..tu yg bersawang je blog..

    ReplyDelete
  6. Saya part time ja, realiti yang di hadapan kita di depan kita..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...