Apr 17, 2020

Buat Jeruk Pelam Rangup Musim PKP

Bismillahirrahmanirrahim--
Buat Jeruk Pelam Rangup Musim PKP
Musim-musim PKP ni, nak hilangkan kebosanan punya pasal, teringat nak buat Jeruk Pelam Rangup masa-masam pedas dengan kebetulan tengok buah pelam yang hampir masak dah kat pokok tepi rumah.

Kali ni saya buat kaedah lain sikit daripada yang saya pernah buat, iaitu lebih simple dan tak renyah, sebab buah pelam ni tak masam sangat (buah nak masak).

Oh ya... dulu saya pernah tulis pasal buat jeruk cermai sebab masa tu ada pokok cermai. Sekarang pokok tu dah arwah kena baham ngan pokok dedalu.



[ Baca di sini  MyBlog : Kutip Buah Cermai Buat Jeruk Cermai ]

Sekarang, jom tengok bagaimana saya buat jeruk pelam rangup simple dan tak renyah macam buat jeruk cermai... hahaha.

Jeruk Pelam Masam-masam, Manis, Pedas dan Rangup


Kalau nak makan jeruk, saya prefer jeruk yang rasanya masam-masam ada, manis pun ada, pedas pun ada, tapi yang paling penting rangup. Bila makan tu dok rasa kruk-krak, kruk-krak... baru ada nikmat hahaha.

jeruk-pelam-masam-pedas


Bahan-bahan yang kena ada untuk buat jeruk pelam macam dalam gambar tu


  1. Beberapa biji buah pelam (panggilan sebenar memperlam atau mangga, atau kat Kelantan kita panggil buah pauh) - kali ini saya guna 4 biji sahaja
  2. Gula - 2 cawan
  3. Garam - 1/2 cawan (setengah cawan)
  4. 6 biji asam boi - saya guna yang kaler putih sebab kat kedai tadi yang warna merah dah habis
  5. 4 biji cabai melaka (panggilan sebenar cili padi atau oghe kelate panggil lada burung)
  6. Sebiji balang yang boleh ditutup - saya guna balang biskut raya

Nota: 4 biji buah pelam ni saiznya besar sikit daripada buah pelam telor, jadi saya hanya dapat 2 balang biskut raya kecil saja. Kalau buah tu besar - kena tambah lah gula dan garam tu.


buah-pelam-buat-jeruk


 Cara nak buat jeruk pelam simple tak renyah


  1. Mula-mula sekali, kupas kulit
  2. Potong atau hiris buah pelam nipis-nipis - yang ni penting! RUJUK GAMBAR DI BAWAH
  3. Cuci bersih-bersih supaya suci (maknanya kena bilas) dan toskan
  4. Masukkan hirisan pelam tadi ke dalam mangkuk
  5. Tuangkan gula dan garam ke dalam mangkuk tadi dan gaul-gaul sehingga rata, masukkan sedikit air supaya gula dan garam tadi melarut sedikit.
  6. Tuangkan hirisan buah pelam tadi ke dalam balang beserta dengan air campuran gula dan garam.
  7. Tambah air sehingga tenggelam semua hirisan buah pelam tadi. Jangan terlalu banyak - agak ngam-ngam sama paras saja.
  8. Masukkan cabai melaka dan buah asam boi.
  9. Kacau-kacau supaya buah asam dan cabai tenggelam.
  10. Tutup balang dan simpan ditempat yang selamat untuk selama 24 jam.


potong-pelam-buat-jeruk


Nah! tu dia... siap.

Simple je kan? Berbeza dengan kaedah saya buat jeruk cermai yang prosesnya lebih renyah sikit. Tak lah susah, cuma kena rajin sikit.

Cara ni, cara malas dan nak cepat siap.

Kenapa berbeza cara jeruk pelam ni dengan jeruk cermai dulu?

Buah cermai walaupun dah masak, rasanya tetap masam, berbeza dengan buah pelam ni. Lagi pun, buah pelam yang saya guna ni, buah yang nak masak. Sebab tu warnanya dah sedikit kuning tetapi masih kehijauan. Atau kalau makan begitu sahaja, rasanya masih masam-masam. Jadi, kita tak perlu buat persiapan seperti buat jeruk cermai.




Buah pelam yang saya guna ni BUKAN buah pelam telor. Buah ni tak semasam buah pelam telor dan saiznya besar sikit. Isi pon rapuh walaupon sudah masak.

Nama buah pelam ni, saya tak pasti - tapi rupa dia sikit macam pelam epal, cuma pelam epal ni biasanya bulat-bulat.

kait-buah-pelam



Pokok pelam ni antara pokok-pokok yang dah lama saya tanam - melebihi 15 tahun. Maklumat tentang pokok-pokok yang ada di keliling rumah taman yang kami duduk sekarang ni, boleh tengok di blog tanaman dan herba saya iaitu Blog My Herbs Mini Garden.  Singgahlah kalau ada kelapangan... ;D

pokok-pelam-tepi-rumah


Ada sesiapa kenal buah pelam jenis apa yang saya guna ni? Kalau ada yang kenal atau ada back-ground knowledge tentang pokok pelam, mungkin boleh share sikit maklumat di ruangan komen di bawah.


2 comments:

  1. dulu masa bujang selalu gak buat jeruk pauh sbb di umah ayah mmg ada pokok pauh ringan yg aktif berbuah.Bila dok di pekan ni tanah terhad jd kalau nak beli jeruk on9 je la.

    ReplyDelete
  2. sedapnya jeruk pelam. favourite ni. Tapi jenis suka jeruk yang kering sikit :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...