Apr 5, 2020

Buat Blog Berkaitan Dengan Minat Dan Hobi

Bismillahhirrahmanirrahim

blog tentang minat dan hobi
Sejak kena #StayAtHome atau dalam tempoh CMO ni, banyak masa dihabiskan dengan melayan hobi dan minat utama saya iaitu bercucuk tanam di mana menyebabkan saya membuat keputusan untuk membuat satu blog khusus tentang minat dan hobi saya. Pada mulanya, saya terfikir untuk buat entri kepada blog ni saja tetapi entah macamana, saya rasa macam nak jadikan satu projek khas dan nak blogkan proses atau story berkaitan tanam-tanaman ni dalam satu blog dengan tema tanam-tanaman sahaja.



Maka lahirlah blog My Herbs Mini Garden atau Laman Herba Mini.

Sehingga hari ini, saya  sudah berjaya memasukkan beberapa entri - iaitu pada siang hari saya memperoses laman herba, malam hari saya siapkan entri dan rancang aktiviti berkebun saya untuk sediakan entri-entri seterusnya. Rasa macam seronok pula buat aktiviti-aktiviti berkebun sebagai hobi dan lepas tu buat content blog... dah tak ada kerja sangat-sangat dah rupanya.


Entri pertama atau intro kepada blog ni adalah mengenai Projek Laman Herba Mini bersesuaian dengan Nama blog tu sendiri. Kisahnya?? Kenalah lawati blog atau entri tu, untuk baca cerita tentang Laman Herba Mini yang saya habiskan masa sepanjang beberapa hari CMO ni...

Belajar Balik Cara Tulis Blog

Actually, selepas lama dah tak menulis di blog ni - rasanya lebih 5 tahun dah... banyak dah perkara yang saya lupa tetang ber-blogging yang saya belajar dari pakar-pakar bloggers semasa saya mula menaikkan blog "My Blog : Wafacw" ni (2013)... terutamanya daripada penulisan blog Mia Liana, HasrulHassan atau HH dan lain-lain. Terpaksa baca balik tentang beberapa perkara, study balik blog ni - editing code dsb... Banyak juga perkara baru yang saya tak pernah tahu last 5 years. Ketinggalan zaman sungguh... haha

Hope For The Best

Apa-apa pon, tidak terlambat untuk study balik dan cuba lagi agar melalui penulisan blog kali ni boleh berterusan walaupon mungkin tidak sekerap ketika beberapa tahun awal saya berblog dulu :)

Yang keduanya - saya harap blog tentang minat dan hobi berkebun atau bercucuk tanam tersebut sedikit sebanyak memberi faedah kepada sesiapa yang membaca entri-entrinya dan juga kepada diri saya terutamanya tentang ilmu-ilmu bercucuk tanam oleh pembaca yang lebih berpengalaman...


-------->  Klik DI SINI untuk ke Blog My Herbs Mini Garden



4 comments:

  1. Alhamdulillah
    Kita tulis apa yang kita suka buat

    ReplyDelete
  2. Hi...membalas kunjungan di sini...blog u niche apa..kalau nak senang dan x terikat untuk berblogging amik je niche Lifestyle so boleh focus on whatever entry tentang apa je sekeliling kita..welcome back..i x pasti i masih ingat kat blog u ni atau tak..kena tgok satu persatu entry kot but your name a bit familiar...thanks datang berkunjung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi SA... thanks for the advise... Dulu masa sy start blogging, memang I refer to your blog a lot. Banyak baca tips on your blog too. Kalau tak ingat memang logic, I left the blog untouched for more or less 2 years. Just to trigger your memory, way back in 2014 I used to design your business card and Mia also... masa nak attend event Malaysian Bloggers apa dah lupa... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...