Nov 28, 2014

Hablun Minnallah, Hablun Minannas

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, beberapa hari ni seorang sahabat telah meminjamkan saya sebuah laptop untuk menyiapkan satu flyer untuk kedai komputer beliau dan saya telah menyiapkan flyer tersebut, and it's actually for free. Well, my friend, if you read this, anggaplah dengan meminjamkan laptop ni kepada saya sebagai bayaran servis saya tu... boleh? huhuhu... So, since the laptop is in my hand... saya nak amibl peluang ni untuk kemaskini sikit atau update kerja-kerja blogging yang saya mulakan sejak awal tahun ni... Sayang pulak biarkan ia terbiar begitu saja.. :D



Apa-apapun, jazakallahu kathiran kepada sahabat saya dari Kak Mira Computer..

JOM SEMAI KASIH SAYANG SESAMA KITA

Saya percaya ramai yang biasa mendengar ungkapan ini;

Hablun Minallah... Hablun Minannas...

Tak silap saya, maksudnya - Hubungan dengan Allah SWT dan Hubungan dengan Manusia (An-Nas : Manusia)

Ianya sebenarnya satu seruan, supaya menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. Menjaga hubungan dengan Allah SWT tu maksudnya melakukan apa yang disuruh atau lebih tepat lagi diajar oleh Allah SWT kepada kita dan meninggalkan apa yang dilarang... Allah SWT suruh atau ajar kita supaya sembahyang lima waktu, maka untuk memastikan hubungan kita dengan Allah SWT terjaga, maka kita pastinya akur dan sembahyang lima waktu... selain dari itu, sentiasa zikrullah, mengingati Allah SWT setiap detik dan ketika, dalam apa jua perbuatan kita.... dan banyak lagi lah. 

Manakala tinggalkan apa yang dilarang seperti, Allah SWT melarang kita dari mensyirikkan Allah SWT... jadi kita tak bolehlah nak takut kepada benda atau keadaan selain dari takut kepada Allah SWT atau mengagungkan benda atau sesuatu selain dari Allah SWT bukan..? Dan banyak lagi lah...

OK.. Hablun minannass... menjaga hubungan dengan manusia pula, adalah dengan berbuat baik kepada orang lain, sesama manusia... Berbuat baik ni seperti jangan menyakiti hati atau perasaan orang lain, atau fizikal mereka. Malah Nabi SAW menyeru kita supaya menyayangi sesama kita... Kita dilarang daripada MEMBENCI seseorang lain... Dan banyak lagi...

Subhannallah... Nabi SAW adalah seorang yang penyayang... Beliau sangat sayang kepada ummatnya... 

Saya dok nampak... kalau kita boleh semai rasa sayang kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita, kehidupan kita pastinya sangat tenang. Jangan sesekali kita ada perasaan benci kepada seseorang... sesiapa sahaja. Rasionalnya, bukankah apa-apa yang berlaku di sekeliling kita, adalah dengan kuasa dan kehendak dan izin Allah SWT jua? Jadi, tidakkah kalau kita marahkan seseorang atau benci seseorang itu, bermakna kita marah dan benci dengan kejadian yang Allah SWT sudah aturkan?... Allahualam...

Jadi, jomlah... sahabat-sahabat, rakan-rakan, sesiapa sahaja... jom semai perasaan kasih sayang sesama kita... Jom kita buang perasaan marah atau benci kepada sesiapa saja? Jom?

Mungkinkah kalau ada rasa marah dan benci kepada seseorang yang lain, ianya adalah berpunca dari hasutan atau bisikan, perdayaan iblis atau syaitan yang licik dan halus, yang cuba merosakkan kita agar kita turut berakhir dalam kerugian seperti mereka?

Subhannallah... Jom kita sama-sama doakan kebaikan kepada semua di sekeliling kita khususnya saudara seagama kita, doakan semoga diperkenankan limpah rahmat Allah SWT serta taufiq dan hidayah... Tentunya kita tak mahu mana-mana saudara seagama kita terbabas dari siraatul mustaqim dan terus sesat sehingga tak dapat kembali kepada kebenaran dan terus menzalimi diri mereka, bukan?...

Allahualam bissawab...




 

12 comments:

  1. Salam ... lama kawe merindui demo... kemana menghilang sahabat hamba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh...
      Subhanallah... laptop klasik kawe sampai ajal, belum ada ganti... tu yang uzur tak boleh bersiaran huhuhu... Alhamdulillah, ada sahabat bagi pinjam lappy dia... kawe pon jengok saing-saing sahabat... banyak bulan tak ziarah, memey rindu jugak huhuhu...
      Tabaarakallahu fik pokcik :D

      Delete
  2. Kakak yg tertinggal atau memang lama tak bersiaran?
    Hubungan dgn Allah mudah berurusan tapi sesama manusia ini kena berhati-hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak... saya yg lama tak bersiaran... huhuhu... jazakallah khair jenguk-jenguk sini... dan drop a few words... Subhanallah, ambil kesempatan minta ampun maaf kepada kak kalau ada salah silap... Semoga kita sama-sama dalam rahmat Allah SWT :D..

      Delete
  3. Patut lah qila rasa mcm dah lama tak gi sini huk aaloh uncle gi manoo terrrr

    Hehe. Thanks uncle for the beautiful quote hehe.
    Yeas. Have to perbaiki my hubungan with allah and manusia!!!! :D
    Fighting!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D Assalam qila... ya, lama ncle tak dapat online, lappy uncle dah sampai ajal dia huhuhu...
      Alhamdulillah, semoga kita sama-sama dapat menjaga hubungan dengan Allah serta sesama kita... lillahitaala juga... baarakallahu fiika :)

      Delete
  4. Assalammualaikum... wafa,

    terima kasih kerana mengingatkan mselim3 tentang hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan Allah... lama tak online. Perkongsian dan ingatan yang baik.. terima kasih sahabat .. seorang sahabat yang baik sentiasa mengingatkan sahabat nya yang kekadang ada masa lalai dan terleka.. moga hubungan kita berkekalan.. dan tegur lah mselim3 andai 'tersasar' daripada jalanNya.. k. Semoga hubungan kita sentiasa ukhuwah dan diberkati Allah.. kita berkawan keranaNya....

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh... mselim3

      Subhanallah.. ya, lama tak online...huhuhu... uzur sikit :D
      MasyaAllah... Alhamdulillah dapat bersahabat lillahitaala, semoga kita bersama-sama mendapat keberkatan dari persahabatan ini. Samalah dengan saya, mintalah sdr mselim3 juga tegur-tegurlah sekiranya ada perkara yang tak betul, kurang tepat atau sebagainya yang sepatutnya kena dibuat teguran... saya bukanlah orang yang 'alim malah baru mengorak langkah mencari ilmu... tulisan saya adalah lebih kepada catatan agar dapat memperingati diri sendiri, serta anak-anak dan keluarga... dan mereka yang saya sayangi... Jazakallahu khairan kathiran kpd sdr yang sudi bersapa...

      Delete
  5. salam
    ambillah...silakan..:)
    lamanya tak berupdate blog...sihat ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh...
      InsyaAllah, Alhamdulillah sihat.. terima kasih - jazakallahu khairan Kamsiah :D
      Baarakallahu fik.. :)

      Delete
  6. salam sahabat wafa, nampaknya kita alami situasi yg sama lappy saya pn dh arwah. Happy to c u make a comingback

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...