May 3, 2014

Pergi Ke Perasmian MSSM 2014 Kedah Di Stadium Darul Aman

Malam tadi, jam 8.00, kami sekeluarga telah ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah bagi menghadiri Majlis Perasmian MSSM 2014. Tahun ni, Kedah jadi tuan rumah dan si Annur Tasnim pula telah terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara persembahan gym-rama. Manakala Aishah pula, telah terpaksa menghadiri Majlis kerana semua pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah telah diwajibkan...hahahaha. 

Dan yang paling 'best' emak dorang semua, teacher Mazlina pula, kena jadi guru pengiring untuk pelajar-pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar, yang telah terpilih untuk menghadirkan diri ke Majlis Perasmian ini... hmmm... maka, abah, Sulaiman dan Adam pun terpaksalah ikut serta... nak temankan teacher Mazlina sambil tu nak tengok kak chik Tasnim menari gym-rama... huhuhu...

--

Laman Web Rasmi MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang :

http://www.bpmssm2014.msskedah.net/
http://www.bpmssm2014.msskedah.net/

--


Actually, MSSM 2014 yang diadakan di Kedah ini adalah bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2014 kali ke-56. Kali terakhir Kedah jadi tuan rumah adalah pada tahun 2000 iaitu 14 tahun yang lalu. 


Kalau abah dia orang ni masih cikgu, pasti dah akan terlibat dengan mana-mana jawatankuasa sebab abah dulu orang ko-kurikulum huhuhu...


Si Sulaiman dan Adam... ambil tempat di 'bench' bersama kakak-kakak dari SMK Tun Sharifah Rodziah, murid-murid Ummi teacher Mazlina :D


Murid-murid ummi yang comel-comel... lengkap dengan baju rasmi MSSM 2014. Warna dah pastilah Hijau dan Kuning, warna rasmi negeri Kedah Darul Aman. Sehelai RM15 kena beli... buat kenang-kenangan. 14 tahun sekali tu... nak jadi tuan rumah.


Teacher Mazlina pun bukan main sibuk lagi... contact sana sini nak pastikan anak buah tak duduk merata tempat... takut hilang atau buat hal sendiri nanti, bila nak balik susah pulak mencari. Murid-murid teacher, satu bas semuanya...


Dalam kesibukan dan kesesakan di Stadium, sempat lagi abah cari kak chik Tasnim yang sedang duduk dalam kumpulan gym-rama dia untuk ambil gambar kenang-kenangan. Si kak chik ni, apa saja acara yang sekolah kena sertai, pasti dia akan terpilih... berlambak dah sijil penyertaan dan sebagainya. Sampai gelap dah muka asyik berlatih menari gym-rama untuk persediaan malam tadi. Dan 'team' dalam gambar ni adalah 'team' yang dah geng... Tahun ni tahun 5, abah bagi lagi lah masuk acara macam-macam, tahun depan naik tahun 6... kena say goodbye dengan semua acara yang meletihkan ni... setakat Tilawah dan Hafazan, dan Choral Speaking dalam Bahasa Arab tak apa lagi... :D, ada juga faedah... 


Banyak acara persembahan sebenarnya selain daripada persembahan gym-rama oleh pelajar-pelajar sekolah kebangsaan daerah Kota Setar, tetapi yang sempat ambil gambar betul-betul, persembahan terjunan Para-Glide oleh unit Ko-Kurikulum Universiti Utara Malaysia, Sintok... memang menarik... 

Tu pun dengan kit lens jer ambil gambar ni... kalau ada 70-200mm perghhh... mesti best ambil gambar kat Stadium malam tadi...

Persembahan oleh Pancaragam Sekolah dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Sekolah Menengah Keat Hwa, dan yang paling hebat dari Sekolah Menengah Sultanah Asma, yang juga merupakan wakil persembahan pancaragam kebangsaan ke peringkat antarabangsa baru-baru ini juga diadakan... cuma gambar-gambar tak berapa elok untuk ditunjukkan. Kesemua pasukan pancaragam yang disebutkan di atas memang top pasukan pancaragam Kedah dan Malaysia :D

Hmmm... I wonder what happened to my high-school military band... 

Gambar abah?

Of course, gambar abah tak ada sebab abah kamera-man, macam biasa... huhuhu...

Majlis bersurai agak lewat, lebih kurang dekat pukul 12 tengah malam... penat masih terasa ni.. :D
Adam pon siap tertidur dalam kereta masa dalam perjalanan balik ke rumah. 

--

Laman Web Rasmi MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang :

http://www.bpmssm2014.msskedah.net/
http://www.bpmssm2014.msskedah.net/

--

5 comments:

  1. ummi dah kena pegi...sah2 la abahnya kena pegi jugak,,tukang support...tambah2 kak tasnim tu masuk gym-rama...ingatkan masuk gymrama yg lentik2 tu...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Huhuhu... Xleh nak tgk adik wat persembahan... Wakil Sek syed Omar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakil syed Omar? hmmmm persembahan apa dah ya SMKDSO... errr... ada terperasan pengumuman tapi dah tak ingat... Sekolah top top daerah kota Setar mesti terpilih untuk acara pembukaan kan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...