Apr 7, 2014

Pertandingan Fotografi Pengguna Sempena HPM 2014

Berita baik bagi sesiapa yang mempunyai kamera, samada kamera digital ‘compact’ atau ‘DSLR’ bahkan kamera ‘analog’ (yang guna filem tu), kerana sekarang ini sedang berlangsung Pertandingan Fotografi Pengguna bersempena dengan Hari Pengguna Malaysia 2014. Tarikh tutup pertandingan ini masih jauh lagi iaitu pada 4 Julai 2014… ada lebih 3 bulan lagi.



 

Siapa yang boleh menyertai pertandingan Fotografi Pengguna ini?


Penyertaan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori A dan Kategori B::

Kategori A adalah di kalangan Pelajar (semua kategori pelajar, sekolah, matrikulasi atau tingkatan 6, dan IPT)
Kategori B pula adalah Umum iaitu semua warganegara Malaysia



Apa Hadiah-hadiah yang disediakan?


Hadiah-hadiah yang menanti adalah berbentuk wang tunai dan Sijil Pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi kategori A: Hadiah Pertama RM1,500, Kedua RM1,000 dan Ketiga RM750 manakala 10 hadiah saguhati berupa wang RM200 setiap satu.

Bagi Kategori B
: Hadiah Pertama RM2,000, Kedua RM1,500 dan Ketiga RM1,000. Saguhati RM200 x 10 hadiah.

Banyak jugak hadiah tu…

Setiap penyertaan dah ‘guaranteed’ dapat sijil Penyertaan..:D



Apa tajuk atau tema bagi pertandingan Fotografi Pengguna ini?


 
Tajuk atau tema dia sangat senang dan mudah serta ‘easy’…
 
Bagi kategori A, ada dua pilihan iaitu
  • Nilai RM100: Dulu dan Sekarang
  • Usaha Memupuk Kesedaran Sivik dalam kalangan Rakyat Malaysia
 
Bagi kategori B, juga dua pilihan iaitu
  • Pengurusan Sisa makanan
  • Gaya Pemakanan Rakyat Malaysia



Syarat-syarat pertandingan?


 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat-syarat ni, sila layari laman web FOMCA iaitu http://www.mypengguna.com/v6/

 
Disamping Pertandingan Fotografi Pengguna ni, ada pelbagai jenis pertandingan lain disediakan seperti pertandingan melukis poster, melukis kartun, menulis esei dan sebagainya… ada 12 pertandingan kesemuanya.

Jom pakat-pakat join pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2014?



24 comments:

  1. masuk ke? menarik juga ni. tapi saya takde kamera dslr nak masuk..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. compact camera pon boleh... asalkan kena dengan tajuk dia.. gaya pemakanan rakyat malaysia... ehehe. Amik gambar orang makan ler alamak dia.. ehehehe... dia tak nilai ikut teknik gambar... tetapi menepati tajuk... :D
      so tak ada advantage kepada orang yang ada DSLR :D

      Delete
  2. huwaaa kalau lah qila ada dslr dah lama dah masuk hikhik.
    Uncle masuk tak niiii? :O huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu ada dslr... kamera compact tu pon boleh... ajak lah orang lain yang ada kamera..join... sijil penyertaan dah gerenti dah... dapat saguhati pon Rm200 tuuu... ada 10 hadiah saguhati :D

      Delete
  3. The prizes are so attractive. Hehe!

    ReplyDelete
  4. Best tu..mesti masuk ni..tq sebab sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom masuk ramai-ramai... nanti boleh post kat blog... :)

      Delete
  5. bestnya..kene bagitau husband ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... untung husband photog... :D
      Jom join... mana la tahu kan?

      Delete
  6. takde dslr... uwaaaaa... ai is jeless..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera compact biasa boleh mia... kalau tak ada jugak...jom pinjam sapa-sapanyer hahahaha...

      Delete
  7. Tak der DSLR. Camera HP sajork yg ada.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Harap dapat jugaklah walaupun saguhati..sebab saya nak cuba jugak menang mana-mana pertandingan fotografi :D

      Delete
  9. Analog takde, Compact takde, DSLR lagi la takde... Best of Luck Wafa^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada satu kamera selain dari fon kamera... :)
      suatu hari nanti bila dah tua... tinggal sorang-sorang ker atau dgn suami/isteri jer... menyesal nanti tak ada gambar lama-lama nak tengok :)

      Delete
  10. mcm best ja .. nk join jga la .. hntr skeping je ka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hantar lebih dari satu penyertaan :D

      Delete
    2. mksud sya kan pasai foto 2 .. dlm stu tajuk 2 or 3 gmbr bleh x ..

      Delete
  11. Salam, Abg Wafa.. sya terlmbt utk memasuki pertandingan d atas, ada pertandingan lain x? law bly sya nk msuk bertanding.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...