Apr 5, 2014

Memproses Pokok Dracaena Fragrans 'Massangeana'

wafacw corn-plant
Hari ni projek kemas-kemas sikit laman, sapu dan buang daun-daun kering dari pokok-pokok keliling rumah. Sambil-sambil tu, cari tempat-tempat yang ada takungan air, takut jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sebagainya sebab kawasan rumah memang banyak pokok-pokok. Dah selesai semua, tengok serumpun pokok Dracaena fragrans 'Massangeana', teringin pulak nak trim. Nama sebenar dalam bahasa melayu tak pasti, yang tahu nama dia Dracaena fragrans 'Massangeana'  tu sebab cari kat google.



wafacw

Sebenarnya, pokok ni cukup tahan dan lasak. Batang dia, kalau dipotong dan dilempar tepi pagar, sedar-sedar tak lama lepas tu, naik tunas... Dia sikit macam ubi kayu, pacak jer batang dia kat atas tanah, gerenti bertunas.

Cuma, ada sekali saya ternampak kat rumah seorang sahabat, dia ambil bahagian atas pokok ni, dan bubuh dalam pasu dan letak dalam rumah. Nampak macam ok...so, terus nak buat jugak.

wafacw

Ni bahagian atas pokok... yang nak digunakan.



Lepas tu, pergi cari pasu. Oleh kerana tak ada pasu tembikar, guna pasu yang buat hiasan... biasanya orang buat letak gubahan bunga hahahaah... boleh lah... :D

wafacw

Dan, oleh kerana guna pasu ni... tak boleh lah guna tanah. Kalau tak guna tanah, pokok ni akan tahan hanya bila letakkan dalam air. So, cari pulak bekas plastik untuk isi air yang boleh diletakkan bahagian hujung pokok Dracaena fragrans 'Massangeana' tadi. Gunakan bekas yang dah tak guna saja... cari kat belakang rumah.

wafacw

Dah ada semua benda, terus pergi tebang sebatang dua batang pokok ni untuk ambil bahagian atas saja. Yang lebih tu boleh untuk di tanam balik atau buang saja.

wafacw


Buang sikit daun dia yang kat bawah sebab nak bagi boleh masuk dalam bekas plastik tadi..

wafacw
Assistant yang rajin... memang suka 'menolong'
wafacw

Dah siap letak dalam pasu gubah bunga tadi...hahahaha...  


Nak bagi stabil, letak batu sikit sekeliling pangkal dia..

wafacw





Dah siap semua... bawa masuk dalam rumah dan letak di sudut yang sesuai...

Saya letak kat bawah tangga sebab tempat tu kosong. Jadi kalau ada pokok Dracaena fragrans 'Massangeana' dalam pasu kat sudut tu, tak lah nampak kosong sangat... (cara orang laki... yang tak pandai sangat hahahaha)

wafacw

wafacw

Boleh lah kan?

Mengikut kata sahabat saya yang biasa buat macam ni... daun dia tak layu sehingga dua atau tiga bulan. Cuma kena kerap tambah air - jangan sampai lupa.

Bahagian batang yang terendam dalam air akan berakar dan lepas dua bulan, atau rasa bosan.. nak ganti yang lain, pokok ni boleh lah di tanam di atas tanah atau letak dalam pasu sebenar (berisi tanah). 

Pokok Dracaena Fragrans 'Massangeana'  ni boleh diletakkan di tempat yang kurang cahaya - tak ada masalah. Di bahagian hujung daun hanya akan kering apabila tak dapat air mencukupi.

Okies... tu saja :D



Dracaena fragrans 'Massangeana'

19 comments:

  1. ni pokok yg biasa org ltk kat office sbgai hiasan kan?? Panjng benor nama pokok ni, rasa nak trgeliat lidah nk sebut nama... Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. rasa ada nampak jugak kat setengah setengah ofis especially gomen...
      hahahaha tifa... saya memang tak sebut dah nama pokok ni... main taip jer dah...

      Delete
  2. aigoooo berkulut lidah fae menyebut nama tumbuhan tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aigoooo ? banyak nya o fae... hahahaha... sekarang baru tahu nama dia kut BM hahaha...thanks for sharing fae

      Delete
  3. Wahh.. Pandai Wafa pilih tempat pokok tu, mmg sesuai.. Mak ade gak tanam pokok ni dlm pasu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tu dulu ada meja buku kat situ, tapi sebab budak-budak ni buat letak quran lepas dorang mengaji, saya alih meja tu... sebeb bila naik tangga macam langkah quran pulak..puas bebel... tapi tak dengar nah... alih letak kat lain. sekarang kosong...letak pokok ni lah...hahahaha

      Delete
    2. Ooo.. Particular tuuu... Tp bagus la, pd bende2 trtentu kn..

      Delete
  4. kat rumah saya ada pokok ni.. mmg letak dalam pasu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pha Is pun tanam pokok bunga? seronok sebenarnya tanam pokok bunga ni... tapi kalau masa lapang banyak seronok la belek-belek... :D

      Delete
  5. Banyak ditanam sebagai pokok hiasan ditepi pagar atau di taman bunga... owh! tahan lama dan senang ditanam yer?..cantik...tak tinggi sangat n tak rendah sangat...cantik ditanam sebagai pokok hiasan utama dan dikelilingi pokok2 renek yang berbagai jenis...

    Jiran bunda seorang Datuk yang tinggal di hujung jalan ada 3 4 batang pokok ni.... Orang kaya ..apa lagi dorang buat taman bungalah di dalam dan dikawasan luar rumah....kawasan hujung kan banyak tanah ...memang cantik digabungkannya pulak dengan pokok2 lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bunda... kalau kena cara susun memang cantik... yang best tu ada orang tanam batang saja...tunas yang naik tu yang buat nampak cantik... :D
      Yang kat rumah saya ni dah naik sampai 10 kaki dah sebab dah lama tanam... tu pun saya kerap jugak pangkas... :D

      Delete
  6. assalamualaikum

    kalau dibiarkan tumbuh di tanah dan dijaga rapi, insya allah akan berbunya, baunya harum, semerbak hanya di waktu malam.... sebab itu lah nama latinnya "fragrans"

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia boleh berbunga? yang kat rumah saya tu tak berbunga... mungkin sebab tak dibaja dengan elok... nanti nak cari baja bunga kasi letak sikit... thanks for the info mc4102 :D

      Delete
  7. biasanya selepas 18 bulan setelah ditanam baru berbunga.... tak payah beli baja bunga... bila tuan wafa cw potong rumput, longgokkan keratan rumput di rumpun pokok ni.... pokok ni juga suka disiram, sekurang2nya 2 -3 kali seminggu... biasanya berbunga di musim hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yer ker... menarik tu... teringin nak tengok bunga dia... kat rumah saya pagi-pagi teduh sebab ada pokok ni... ingat nak tanam lagi sebelah buat sebaris dalam 2 pohon lagi... :D

      Delete
  8. baru tau nama saintifik pokok ni...tau tanam je....kat umah noe pun ada pokok tu...dah tinggi sangat...tapi klu taruk air macam tu...wafa kena selalu tukar air tu...sbb takut aedes bertakung dalam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat macam ni...tak payah tukar air dah nOe... tambah lagi ada... :D

      Delete
    2. noe biasa buat style mcm ni utk pokok pandan....letak kt dapur...senang x yah g belakang ambil daun tu...mmg tahan lama...tp air mmg makin kurang...cuma noe kdg2 kena check...takut aedes menapak kt situ...

      Delete
  9. eh eh comel what hihihi.
    Tapi quite empty there. heee~
    Buat almari tu lah uncle huhu. pastu tambah lagi pokkok hehe. Nature giteww <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...