Apr 21, 2014

Golongan Yang Mendapat Untung Selepas Kematian Karpal Singh

Subuh -subuh 17hb April yang lalu, saya mendapat blog feed mengenai kejadian kemalangan yang dikatakan meragut nyawa seorang tokoh politik iaitu Karpal Singh. Cuba membuat carian di search engine Google tapi tak banyak berita yang ada dan macam masih tak confirm. So saya post ke facebook request for confirmation lagipun facebook feed sendiri tak heboh lagi berita tersebut.

post tentang kematian Karpal Singh
https://www.facebook.com/raziwafa/posts/


And dalam beberapa minit ada friends responded mengatakan ianya betul... Terkejut juga... macam tak percaya jer. Tapi tu lah, kita mana tahu bila nak mati... Asal sampai ajal yang tertulis di loh mahfoz, tak akan lewat atau cepat walau sesaat... atau tak kira di mana kita berada...  (penting).

Tapi bukan saya nak hurai kejadian kemalangan yang meragut nyawa beliau dalam entri ni, cuma nak cerita sedikit perbualan di antara MBTW* dengan tokey yang buat kabinet dapur kat rumah saya (berbangsa cina). Perbualan ni diceritakan kepada saya oleh MBTW tentang pengakuan tokey tersebut yang pernah berjudi di kasino di genting Highland bersama wife dia.

Apa yang menarik ialah tentang pernyataan yang dikeluarkan oleh tokey tersebut. Menurut beliau, ramai kawan-kawan beliau yang telah menggunakan nombor dari tarikh kelahiran mendiang Karpal Singh tersebut untuk menikam nombor ekor - telah menang dan mendapat duit... ada yang banyak dan ada yang sedikit tetapi ramai yang menang... hahahaha.... Namun menurut beliau, dia sendiri tak tikam nombor tersebut... hahahha... mungkin sebab dia tokey, so dia tak main tikam nombor, kalau nak berjudi terus naik Genting Haghland jer.. whoahahaha...

Kata tokey tu lagi, ada juga yang tikam nombor yang ada tarikh kemalangan, tapi tak menang...

Rupa-rupanya, ada orang yang beroleh untung dari tarikh kelahiran mendiang karpal Singh iaitu pada 28/6/1940... nombor yang mana satu tak tahu lah...

Ada sapa-sapa tahu kawan-kawan bangsa lain ker (bangsa sendiri ker) yang tikam dan menang guna nombor tu?

Subhanallah... harapnya dah semakin kurang atau kalau boleh (besar harapan) tak ada dah orang kita yang main tikam nombor ni...

*MBTW - My Beloved Tercinta Wife

12 comments:

  1. haa.... pandailah dia orang pusing-pusingkan nombor tu tunggang terbalik... saya ada beberapa rakan yg biasa menggunakan nombor kereta yang kemalangan untuk tikam nombor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam berkait dgn tikam nombor ni... :)

      Delete
  2. kalau ada eksiden tepi jalan mesti ada yang ambil kesempatan catat nombor

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang terfikir...macmana boleh bermula budaya tu... kalau di kalangan non-muslim lain cerita lah... ni di kalangan muslim... hairan betul

      Delete
  3. ini biasa wafa...melayu pun ada juga...tambah2 libatkan high profile kan...lagi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang sekali ada benda-benda macam tu... kalau benda kecil macam tu dia tak endah, agak-agak benda besar lain macamana...? kalau liabilty dengan tuhan macam tu... macamana nak harap dengan sesama manusia...

      Delete
  4. the people that earn most will be the bosses of underground 4D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'underground' ? there's such thing as underground?

      Delete
  5. Kesitu pulak... kematian orang lain jadi keghairahan orang lain pula yer... haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... tak terfikir pon sebelum dengar cerita dia tu...

      Delete
  6. smga yg sesat tu pulang ke pangkal jalan

    ReplyDelete
  7. Banyak je yg macam ni Wafa.. teringat dulu2 kat kg, ade sorang tu, nampak nombor kat tuala tangan cap 'good morning' (tau tak tuala tangan kaler putih ade garis merah tu.. skrg pun masih ade..) itu pun boleyyy... adesss... tak tau plak kene ke tak.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...