Apr 27, 2014

Entri Merapu Bahagian Ke-2

Pagi ni, saya telah berkesempatan untuk berdua-duaan dengan anak bongsu saya, Ahmad Adam Wafa yang baru berusia 3 tahun 4 bulan (lebih kurang) sebab akhir-akhir ni dia refuse to go to the nursery atau 'sekolah' dia. Hendak pulak kelmarin ni atau semalam, dia main dengan 'shaver' saya kat dalam bilik air, entah waktu mana tak perasan, di mana dia dah menoreh beberapa bahagian rambut dia. Kalau zaman saya bebudak dulu, emak saya kata macam kena gerit kat tikus dah rambut. Nak digunting rambut nak perbaiki robekan bekas shaver tu memang tak boleh dah, so jalan terbaik adalah mencukur botak kepala dia. Hahahaha...


So pagi tadi ni, saya beli shaver baru dan menjalankan projek membotakkan Ahmad Adam Wafa. Sambil duduk mencukur rambut dia... sempat jugak berbual-bual dengan dia, cara dia lah... Saya bagitahu dia, nasib baik tak luka kepala main shaver abah. Shaver tu gunanya untuk cukur misai atau janggut bukan potong rambut macam yang dia buat. So, saya pesan supaya lain kali jangan main shaver abah dah. Sekarang, akibat main shaver tu, dah kena botakkan kepala dia.

Yang Ahmad Adam ni pon mengiyakan saja kata-kata saya. Sambil tu berjanji tak akan main shaver lagi sebab takut luka kepala dan tak nak kena botakkan kepala. Lepas dah habis cukur botak, saya suruh dia tengok kat cermin. Dia gelakkan diri dia bila tengok rambut tak ada... hijau jer nampak kepala yang dogol dia tu sambil gosok-gosok kepala, seronok main sebab rasa tajam-tajam. Kadang-kadang bila nak tidur, dia suka main janggut dan misai saya especially masa lepas cukur - dia raba-raba sebab rasa tajam-tajam tu... Bila saya gesel dekat pipi dia... mengekek-ngekek gelak...tapi lepas tu dia sua lagi muka suruh saya buat lagi... Adam... Adam...

Dia memang manja sikit dengan saya... errr.. bukan sikit... banyak sebenarnya. Dan saya memang suka bermanja dengan dia.

Pernah Ummi dia tegur supaya jangan manja sangat nanti abang-abang jealous... Tapi, tak upaya lah... Adam ni sebenarnya special sikit... Bukan pasal apa.. bila mengenangkan umur saya yang dah hampir separuh abad ni... kalau congak balik, bila umur dia 25 tahun, umur saya dah 60 lebih... atau entah-entah dah tak ada dah... Jadi masa untuk bersama sangat pendek... Atau, kalau dia dah bekerja atau berumahtangga, mungkin saya dah tak ada untuk bantu apa yang patut...

Walau apa pun, Adam ni kira generasi yang mungkin generasi yang sangat berbeza... Bila mengenangkan generation gap ni... tak boleh terbayang oleh saya apakah life dia zaman dia besok nanti... so, saya kena rapat dengan dia supaya saya boleh ajar dia apa yang patut untuk menjadi manusia yang berguna, untuk jadi manusia yang sepatutnya... kena berani... kena yakin dengan Allah SWT... kena yakin dengan pegangan sendiri... kena pandai itu dan ini demi menjaga agama Allah di dunia ini agar selamat di akhirat kelak.

Dan dalam masa yang sama, dipanjatkan doa ke hadrat Ilahi SWT agar, dipelihara iman dan sentiasa diberi hidayah dan petunjuk kepada anak-anak saya... Alhamdulillah, ramai anak lelaki, yang insyaAllah, kalau betul cara akan jadi orang yang berani dan berada di depan memimpin di jalan Allah... atau kalau tak pun menjadi pengikut yang setia dan berkebolehan...

Sesungguhnya, bila dikenang balik zaman sekarang ni... sangat dekat pulak rasanya dengan zaman-zaman akhir... entah generasi mana susur galur keluarga ni yang akan menempuh apa yang pernah diperkatakan oleh nabi Muhammad SAW... cuma harapnya, mereka ini akan tetap di landasan yang betul malah berpegang teguh dengan syariat Allah...

Hmmm... ke situ pulak fikiran saya melayang-layang ni... yelah kan... sejarah berulang. Kalau nak jadi Malaysia dulu ni, ramai yang tumpah darah... mungkin jugak ke depan nanti akan ada nak jadi Malaysia baru ker... Malaysia Moden ker... revolusi Malaysia ker... di mana yang BENAR sedang bertarung dengan yang BATIL... Terbayang pulak macamana zaman tok Janggut, Mat Kilau dulu bila orang putih mendarat di Malaysia...sedangkan masa tu mereka pon aman damai dengan cara hidup mereka....

ps: Orang putih dulu datang Malaysia berniaga, lepas tu kecek orang-orang kenamaan yang sedang bercakaran sama sendiri atas kepentingan masing-masing... lepas tu suka buat perjanjian itu ini... ada residen la dan sebgai mak nenek.... harta bumi Tanah Melayu pon dorang pegang.... Cameron highland berapa lama jadi hak orang putih... hmmm.... Orang putih...orang putih... pandai saja cari kesempatan atas orang lain yang sedang berpecah belah... (teringat presideng Amareka yang datang Malaysia ni... buat lawatan)

pss: Masih dalam mood rilex.. mood merapu sebelum berakhir bulan April...

19 comments:

  1. Tak pe bang merapu janji ada isi. .. line tenet slow bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... entri rileks-rileks... sambil layan emosi :D

      Delete
  2. Sweetness overload ^_^ Daddy Vee dulu pun selalu gesel2 janggut dia kat Vee. Hahaha. Lagi2 masa baru bangun tidur. Mcm alarm Vee dah tu kena gesel2. Lol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... may be its about time for you to reconsider your case... go find a good byfriend... get married while you are young and enjoy having children of your own hahahahahahaha :D

      Delete
  3. macam-macam keletah anak-anak ye.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tua ada anak kecik ni... memang rasa lain hahahaha... layan anak-anak seronok... walaupon pelbagai peel... hahahhaha

      Delete
  4. Very great love of a father. I should learn that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just think of have fun treating them... you'll enjoy their companionship :D

      Delete
    2. Sometimes it's fun, but sometimes it's really irritating.

      Delete
  5. merapu pun very intresting to read. Saya pn ank sulung baru 14thn dh lupa dh mcm mana keletahnya masa kecik2. Tu yg suka tulis tentang ank2 dlm blog spya dh tua2 nnti blh baca balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... tak sangka interesting jugak... mungkin sebab tulis dengan jiwa dan emosi kut.... gambar pon tak ada... kamera kawan pinjam buat assignment :D.

      Delete
  6. Oklah tu merapu sekali-kali tak apa Wafa..hilang stress ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... stress pon kurang jer... tunggu hari jer masuk bulan baru untuk rearrange lain :D

      Delete
  7. Cian Adam.. kene botak! sure bertambah comehh.. bak meh la pic.. nak juga tengok :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... kali ni sebenarnya kali ke-2 dia buat kerja macam tu, tapi kali pertama hari tu abang dia Sulaiman yang buat sama... dua-dua kena botakkan kepala... kali ni dia sorang. Gambar tak ambil sebab kamera tak ada... kawan pinjam. :D

      Delete
  8. lama tak singgah sini...heheheh..ala cian adam..

    ReplyDelete
  9. Takpe la merapu pun asalkan ada yg sudi baca.

    ReplyDelete
  10. bagus juga botakkan kepalanya . jadi adam tahu dia x blh main shaver klu x nak botak lagi .

    ReplyDelete
  11. kdg2 terfikir juga...macam mana zaman anak2 kita bila diaorg besar nanti...elok wafa spend byk masa dengan dia...masa ni beredar dengan pantas...masa yg ada nilah digunakan sepenuhnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...