Mar 9, 2014

Doa Semua Keluarga Yang Terlibat Dengan Insiden MH370 Diberi Kekuatan dan Ketabahan oleh Allah Taala

Berita tentang kehilangan pesawat MH370 MAS yang hilang memang sangat sangat mengejutkan. Dan terkejut dengan berita ni bukan sekadar terkejut biasa, ianya pastinya melibatkan emosi yang mendalam. 

pesawat MAS




Saya tidak mempunyai keluarga yang menaiki pesawat tersebut tetapi mempunyai saudara (anak saudara) yang merupakan seorang pramugara MAS dan banyak terlibat dengan penerbangan antarabangsa. Sebaik sahaja mendengar berita kehilangan pesawat tersebut, perkara pertama kami (saya dan isteri) buat ialah menelefon beliau, dan syukur alhamdulillah beliau menjawab panggilan kami dan ketika itu berada di Jakarta. Alhamdulillah, lega tak tahu nak kata... tetapi beliau memberitahu bahawa cabin crew yang terlibat adalah rakan-rakan rapat beliau. 

FO Fariq Abdul Hamid, yang juga berasal dari Kelantan (sama negeri dengan saya), baru berumur 27 diberitahu baru lepas membeli perabot, kalau tak silap saya, untuk tok minggu lalu. 

Siapa tak sedih dengan kejadian ni? 


Boleh bayang, ayah FO Fariq sendiri masih tak mahu bercakap dengan sesiapa (wartawan dsb)... 

Menurut anak saudara saya, cabin crew yang bersama beliau dalam penerbangan dari Jakarta ke KL semalam pon masih macam dalam trauma, hingga terlupa nak hidangkan air dalam pesawat hingga diminta oleh penumpang... baru sedar tugas yang mereka biasa lakukan sebagai pramugara. 

Malah, penumpang juga turut tidak 'complaint' dan masing-masing berdiam diri... Kesedihan tu sangat dirasai oleh rakan-rakan cabin crew atau warga pramugara/pramugari MAS...

Di sini, saya ingin mengajak semua untuk mendoakan agar sesiapa sahaja yang terlibat, keluarga kepada mereka yang menaiki pesawat MH370 tersebut, malah warga MAS, bakal-bakal penumpang penerbangan MAS yang akan datang, agar diberi KEKAUATAN, KETABAHAN oleh Allah SWT.

Bayangkan lah mereka akan meneruskan pekerjaan mereka, urusan mereka dalam masa yang sama semacam dihantui oleh ketidakpastian kepada kejadian MH370... mereka sangat sangat memerlukan kekuatan dan ketabahan dari Allah SWT... ketenangan fikiran... Subhanallah...

Esok, anak saudara saya akan terbang ke India dalam penerbangan 6 jam... Semoga Allah berikan kekuatan kepada beliau dan rakan-rakan beliau, dapat bekerja dengan baik, juga kepada juruterbang-juruterbang yang akan melakukan penerbangan seterusnya pada bila-bila masa ke hadapan ni...

InsyaAllah, semua nya berlaku dengan kehendak Allah... seperti mana saya pernah menulis tentang Doa menaiki kenderaan... begitulah lemahnya kita dengan apa yang kita tak tahu... kadang-kadang bukan salah kita, kadang-kadang atas kecuaian yang kecil tiba-tiba berlaku...dan macam-macam lagi... kalau dah ditentukan Allah Taala, ianya akan berlaku. Kena minta PERLINDUNGAN Allah Taala... dalam apa jua pekerjaan... walaupun kita dah bersedia yang terbaik.

Jadi sama-samalah kita mendoakan keselamatan kepada mereka yang akan terbang, doakan ketabahan dan kekuatan kepada mereka yang masih tertunggu-tunggu berita SEBENAR tentang kejaidan MH370... Bila kita beramai-ramai mendoakan ini, ada yang dipilih Allah SWT dimakbulkan doa tersebut... juga untuk kesejahteraan kita semua yang mendoakan kesejahteraan orang lain jugak!

Allahualam bissawab...

15 comments:

  1. semoga segalanya yang terbaik buat mereka...^_^

    ReplyDelete
  2. Bunda pun tak mau rasanya beredar dari kaca tv ni utk mendengar berita terkini direct dari sumber yang meluas....
    Sedih...sebab bunda pun pernah mengalami insiden2 mengejut a kehilangan ahli keluarga walaupun dalam situasi berbeza....
    Sedih sangat2. ..

    ReplyDelete
  3. sehari suntuk depan TV jer...semoga pesawat tersebut dapat dijumpai dengan secepat mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu 8 mlm nanti pulak sidang akhbar nyer...

      Delete
    2. Perbincangan di TV pon macam-macam dengar... tak tau nak kata rasa macamana dah...
      Keluarga yang berkumpul semalam siap dengan passport kata nak bawak pergi ke mana entah, pon tak pergi ke mana-mana pon...
      Ini satu TRAGEDI bagi saya... dengar berita pon satu TRAGEDI dah... macamana orang ramai tak fikir bukan-bukan... hmmm...

      Delete
    3. Bunda - sidang akhbar pun makin di jarakkan masa...

      Wafa - tu la..macam-macam kita dengar tapi yang paling noe tak suka bila ada sesetengah yang tidak sensitif...tidak sensitif dengan perasaan keluarga yang terlibat...isu ini dibuat seperti bahan jenaka ...mmm

      Delete
    4. Makin moden dan tahap pemikiran tinggi manusia ni semakin pelik pulak cara komunikasi... tak faham lah saya... dengar berita bukan tambah maklumat tapi makin confuse... mungkin sebab kita bukan dalam bidang tu sama kut... Wallahualam...

      Delete
  4. Saya adalah seorang yang ceria dan suka ketawa, tak ambil terlalu serius sesuatu perkara... supaya tak terlalu emosi... tapi hari ini, tak upaya... nak ceria dan ketawa, bergurau dalam blogwalking dsb pon dah tak ada mood. Harap maaf kepada sesiapa yang jenguk blog saya dan kalau saya tak berapa komen di blog rakan-rakan atau komen yang agak hambar... (tak ceria macam selalu)... Oleh itu, saya nak tutup lah cerita MH370 ni... sesiapa yang baca entri ni... harap tak payah terus komen ya... sekadar baca luahan dan pendapat saya (hanya sekadar pendapat) cukup lah... Harap maaf sangat-angat sebab buat pengumuman ni...

    ReplyDelete
  5. Doakan yang terbaik untuk mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kena doa yang terbaik... saya ingat arwah FIL... dia kena diagnosis lung cancer stage 4. Doc kata ada beberapa bulan jer boleh hidup. Semua terkejut dengan sedih sebab tiba-tiba dapat berita macam tu... Dia jadi 'macam tak percaya jer'... So walaupun nampak kemerosotan kesihatan dia, tapi anak-anak ni tak putus asa... cari jalan alternatif pelbagai... ada sorang (adik ipar) sampai habis berpuluh ribu buat Ozone terapi... dia kata kena usaha jugak walaupun tahu keadaan ayah macam dah tak ada harapan... sebabnya dia kata, tuhan maha kuasa boleh buat apa yang tak terfikir pada akal kita atau di luar logik...
      Thanks KSD for being here.. appreciate it :D

      Delete
  6. doa dah redha utk mereka semoga rahmat allah ada bersama insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa... doa dan redha... lupa nak sebut redha jugak... thanks HHA :D

      Delete
  7. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul ..Doakan yang terbaik untuk mereka dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul... Allah taala jua yang tahu...

      Delete
  8. semoga segalanya dipermudahkan dalam usaha mencari....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...