Mar 16, 2014

Cerita Jumpa Doktor Untuk Kali Pertama Lepas 10 Tahun

drugs by wafacw
Disebabkan air mata meleleh tak berhenti-henti dan keliling mata dah pedih dan panas semacam dah, saya akhirnya nekad pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Lagipun, MBTW (My Beloved Tercinta Wife) dah mula menunjukkan tanda-tanda ‘pembeleberan’ yang akan berterusan atau berpanjangan kerana takut berjangkit kat anak-anak.



“Kalau kena kat kita sorang tak pa, ni kalau kena kat Adam dengan Sulaiman ni, tak jadi kerja nanti…” Itu adalah antara ayat pemula yang boleh saja disambung dengan berpuluh rentetan ayat seterusnya.

Okies, tanpa banyak soal dah, lebih kurang pukul 3.30 petang tadi, saya pun pergilah ke klinik yang biasa MBTW pergi. Doktor klinik tu  sebenarnya dah macam doktor family, dari Ahmad Ghazali Wafa hinggalah Ahmad Adam Wafa ni, semua ke klinik tu dan kami hanya guna akaun atau ‘patient file’ bawah nama MBTW. Sebenarnya kami ke klinik tu sejak arwah FIL saya ada lagi dan kami semua guna akaun arwah FIL tu, cuma selepas beliau meninggal dunia dalam tahun 2005, barulah tukar atau buka akaun bawah nama MBTW pulak…

So di kaunter klinik, selepas staf tu ambil kad MBTW, dia pon tanya siapa yang nak jumpa doktor. Saya pun jawablah “Saya…” sambil tersenyum.

“Nama?...”

“Raziwafa”. Saja tak bagi BIN sekali, takut nanti ada lagi yang tanya kaitan dengan Rozita Che Wan hari tu...

Staf tu pun belek-belek kertas dalam fail tu, lepas belek…belek..lepas belek..belek… Dua, tiga, empat kali belek. Akhirnya dia tanya.. “Pernah jumpa doctor tak sebelum ni?”

“Lerrrrr… ya tak ya jugak” Saya cakap dalam hati. Baru teringat, mana saya pernah jumpa doktor.., jadi mana pernah ada rekod… Saya pon cakap “Eh… lupa nak bagi tahu, saya belum pernah jumpa doktor sebelum ni”… sambil tersengeh-sengeh...

Dan..dan... tarik muka staf tu (kata orang kedah). Dia tak cakap apa-apa, ambil kertas kosong sekeping, tunjuk jer kat ruang untuk isi nama dengan no. K/P. Hehehe… dalam hati kata “Sorry…:D”. 

Lepas bagi balik kertas tu, dia suruh aku tunggu kat tempat duduk depan pintu bilik doktor.
Dan sebenarnya, patient doktor masa tu ada aku sorang jer, so tunggu staf dia bukak pintu panggil nama saya jer lah. Dan juga, masa tu lah saya baru teringat yang kali terakhir jumpa doktor kat klinik tu sebenarnya pada tahun 2003 ker 2004 gitulah. Masa tu, masih guna akaun bawah nama arwah FIL. Jadi kiranya lebih kurang 10 TAHUN dah saya tak jumpa doktor… kuikuikui…

ubat sakit mata by wafacw
Ubat baru... ambil dari klinik...

 
Sebenarnya bukan apa, saya ni jenis yang kalau demam ke, batuk ke, sakit perut ke apa ke, kalau sikit-sikit tu padan dengan telan Panadol ke atau paling teruk pon ambil Ponstan kat farmasi. Kalau batuk, makan ubat batuk Cap Ibu Dan Anak, kalau tak berkesan, minta kat farmasi jenis yang hitam pekat rasa macam lekat kat kerongkong tu saja… dalam dua tiga kali telan, tak payah minum air… esok tu lega lah batuk. 

Dan saya pulak memang susah demam, kalau demam tu maknanya badan dah letih sangat, yang teramat sangat… biasanya kalau dua minggu ‘direct’ dok latu budak-budak KRS kawat kaki untuk pertandingan, lepas tu memang demam kejap, dalam tiga empat hari…lepas tu OK la balik.
 
Sebenarnya, Alhamdulillah sebab Allah Taala tak bagi kena yang berat-berat setakat ni… syukur sangat ya Allah…

Balik pada cerita jumpa doktor tadi, memang sekejap sajalah duduk atas kerusi tu… tak sampai 5 minit pun rasanya, pintu bilik doktor terbuka, dan staf tadi panggil nama. Saya pon terus bangkit bangun, masuk dalam bilik doktor, bagi salam… bersalaman sikit  dan terus duduk kat tepi meja dia.

“Sakit apa tu?” Dia tanya saya…

“Sakit mata…” laju jer saya jawab… Tak sabar dah rasa nak minta anti-biotik yang titis tu dengan ubat tahan sakit campur ubat allergic. Sebenarnya, ubat yang titis tu memang pernah ambil kat klinik ni masa Ahmad Ghazali Wafa sakit mata sebelum ni… dan ubat tu memang sangat berkesan. Kalau gatal-gatal mata sebab masuk sawang, lepas tu jadi merah sebab dok tenyeh, bila titis sebelum tidur… esok tu memang hilang gatal, pedih semua…

Lepas dengar jawapan saya tadi, doktor tu pon ambil lampu suluh dia, suluh kat mata saya.

“Tengok bawah”… saya tengok bawah. Dok kejap…

“Tengok atas”… saya pon tengok atas…

Tiba-tiba dia buat bunyi… “hmmmmm…”.. sambil ngeleng-ngeleng kepala...

Dalam masa yang sama dia ambil alat yang buat ukur blood pressure… sarung kat lengan kiri saya.

“Uikkks… apa ke hal kaitan sakit mata dengan ambil blood pressure plak”… tiba-tiba terlintas dalam hati soalan macam tu…

“Ada diabetes ke darah tinggi ke?” Tiba-tiba dia tanya soalan macam tu…

Ya Rabbi… punya lah cuak… Dah lah lama tak jumpa doktor. Entah dah kena tiga serangkai pon tak tahu. Main dengan umur dah lebih 40 nih… perghh… terkedu kejap.

“Err… setakat yang saya tahu, tak ada lah pulak” Saya jawab selamba jer… Ya lah kan… memang tak pernah check dan tak pernah tahu… waaaaaa…

“Ada kaitan ker sakit mata saya dengan diabetes ke, darah tinggi ke doktor?” Terpancul soalan yang selepas beberapa ketika, terfikir dalam kepala punyalah bodoh soalan tu…

“Oh… takkk… Saja nak tahu..”Dia jawab sambil tersenyum.

Lepas dah ambil bacaan blood pressure dia bagi tahu sambil tunjuk kat meter pada alat tu…

“Tekanan darah OK… 118 per 85” Dia bagitahu…

Saya nganga jer… Dulu pernah tahu pasal bacaan blood pressure ni, tapi sekarang dah lupa dah…

“OK… saya bagi antibiotic yang titis tu sajalah. Tak payah yang makan sebab sakit mata macam ni dia local saja..bla..bla..bla… bla… bla… Macam-macam dia cerita bab sakit mata dengan ubat tu.
 
Saya dengar sajalah, satu pun tak masuk dalam kepala. Tu yang tak boleh nak cerita tu. Yang teringat nak balik cepat-cepat, titis cepat-cepat, bagi cepat lega, cepat sikit boleh menghadap balik computer eheheehehe… Adoi..

Dah habis dia cerita, saya pon bangun.. shake hand sikit.. ucap terima kasih sikit, bagi salam ..terus keluar.

Haaaa tu lah cerita saya FIRST TIME, kali pertama jumpa doktor lepas 10 tahun… Peghaaakkk habissss.

Apa-apa hal… nasib baik jumpa hari ni. Sekarang, sekurang-kurangnya dah tahu, yang ALHAMDULILLAH YA RABBI, walaupun dah beberapa tahun melepasi umur 40 tahun, tak ada BLOOD PRESSURE… Cuma lepas saya check dekat Google tadi… ada maklumat mengatakan kalau bacaan distolik tu lebih 80 kurang dari 90 tu pon sebenarnya tanda-tanda PREHYPERTENSION… 

Tak apalah… janji dah tahu… boleh berlatih turunkan nombor 85 tu jadi 80 insyaAllah… Atas dia 118 tu dah OK dah… :D

p/s : Sebenarnya memang prosedur bila jumpa doktor dia akan ambil bacaan 'blood pressure'...kata MBTW :D... Yerr ker?

p/ss : Sebenarnya, tak boleh tak jumpa doktor... kena jumpa sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pastikan tahap kesihatan kita... dah ada beberapa kes yang macam saya, akhirnya... segala-galanya terlambat (entry lain di masa hadapan)...
--

17 comments:

  1. 10yrs x jumoe Dr.? Perghh... Betul tu, setiapkali jumpe Dr. Mmg kena amik bacaan tekanan darah.. Get well soon ya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sebenarnya ada cerita jugak kenapa saya tak boleh jumpa doktor... doktorophobia?...hahahaha

      Delete
    2. Ha??? Menateh ape tu? Mcm dinosour dulukala pun ye jugakk..haha :p

      Delete
  2. eheheehhee qila pun dah lama tak jumpa doktor. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. qila muda sangat-sangat lagi... kalau sedang sihat insyaAllah jaga kesihatan elok-elok..tak payah jumpa doktor lagi sampai dah kahwin nanti... eheh.. k?

      Delete
  3. saya pon jarang jumpa doktor sbb jarang sakit tp wafa 10thn tak penah jumpa doktor tu kira hebat laa...dahsyat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KB.. orang laki ramai macam saya... orang perempuan tak boleh kalau tak jumpa doktor especially yang muda lagi kan? Saya tak jumpa bukan sebab jarang sakit... tapi sakit yang alaa sikit-sikit jer... kira priority jumpa doktor tu no.2 tapi umur 40an ni tak boleh buat degil sangat dah... bahaya!!!

      Delete
  4. Wafa, take care and get well soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... alhamdulillah today i feel a lot better already... no more sore eyes except for it still reddish... :D

      Delete
    2. Glad to hear that. So how are you today?

      Delete
    3. It's getting well... Feel good already.... :p
      I am ready to take anything now hahahaha

      Delete
  5. ramai yg takut jumpa doc (termasuk saya) sbb takut utk mendengar jika ada sebarang penyakit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaaaaaaaaa huhuhu.. tu satu hal ehehehe...

      Delete
  6. Hehehehehe... Abak pun rasanya dah lama tak jumpa doktor ni..
    Moga cepat sembuh matanya...Syafakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan? orang laki banyak yang sangat lama tak jumpa doktor.... jumpa kawan-kawan doktor ada.. mengeteh hehehehe

      Delete
  7. mm teruk juga sakit mata tu...tapi...10 tahun x jumpa doktor??? ish ish ish...hubby noe & noe every year mesti buat blood test...check semua...blood pressure, sugar level, cholesterol...n this year nk check yg whole body punya test..yg kena lari semua tu...sihat x semestinya x ada penyakit...kdg2 penyakit ni dh tahap kritikal baru rasa sakitnya...apa2 pun moga cepat sembuh k

    ReplyDelete