Feb 18, 2014

Kenapa Saya Buat Bisnes Kad Jauh Lebih Murah Dari Biasa

Kenapa Saya Buat Bisnes Kad Jauh Lebih Murah Dari Biasa. Berkenaan dengan membuat bisnes kad (atau kad bisnes?), sebenarnya ia bukanlah satu perniagaan utama saya. Saya hanya pernah mengambil tempahan untuk kawan-kawan atau adik beradik terdekat sahaja, itu pun dalam 4 atau 5 tahun yang lepas. Oleh kerana saya membuat bisnes kad untuk kawan-kawan rapat, maka sudah tentu saya tidak mengenakan caj atau upah mengikut harga di kedai,
memadailah dengan sekadar belanja makan atau TT sahaja. Mereka hanya perlu membayar kos percetakan iaitu RM50.00 untuk 5 kotak, atau 500 keping yang dicetak depan dan belakang menggunakan kad 260gsm. Kalau mereka inginkan cetakan ‘Spot UV’ satu ‘side’, mereka kena tambah RM5 sahaja menjadikan kosnya RM55.00.

Harga tersebut adalah harga yang diberikan kepada saya oleh sebuah syarikat percetakan kerana pernah melakukan urusan percetakan kad kahwin, ‘label sticker’ pada botol atau kotak sesuatu produk, dan kebanyakannya adalah buku panduan. Saya difahamkan sekiranya seseorang itu mempunyai perniagaan percetakan yang berdaftar dengan SSM, harga yang diberikan adalah lebih murah supaya mereka memperolehi ‘margin’ untung yang lebih baik.

Tetapi bagi saya hanya untuk mencetak bisnes kad sendiri dengan harga yang diberikan kepada saya, ianya sudah cukup baik.

Berikut adalah sebab-sebab Kenapa Saya Buat Bisnes Kad Jauh Lebih Murah Dari Biasa :


1)  Saya dah anggap mereka sebagai kawan sama seperti kawan-kawan saya yang pernah saya buatkan bisnes kad, bezanya dia kawan online atau ‘blogger friends’.

2)  Saya bukannya seorang ‘recognized designer’ kerana saya bukan professional yang buat bisnes percetakan atau 'design'. Saya hanya kebetulan pandai guna Photoshop/Illustrator dan beberapa ‘software photography editing’ yang lain yang saya belajar dengan sifu photography saya, Al Hus(Raazi) dan Farooq ketika saya bantu dia buat ‘wedding photography’ di Kemaman 4 atau 5 tahun lepas. Itu sahaja.

3)  Kalau ada orang minta untuk buatkan bisnes kad pun, bukannya ramai hingga tersusun ‘jobs’. Jadi bukanlah penat sangat hendak sediakan satu-satu design bisnes kad dan buat ‘template prints’.

4)  Saya buat dengan niat untuk membantu sahaja atau sebagai ‘favour’ dan untuk rasa seronok sebab boleh bantu orang lain juga. Tambahan pula, saya juga sudah memperolehi komisyen dari syarikat percetakan tersebut untuk urusan ‘marketing’ bahan percetakan yang lain.

Oleh yang demikian, pada pandangan saya, dengan faktor-faktor yang saya sebutkan di atas, maka TIDAK PATUT lah saya mengenakan caj membuat bisnes kad dengan harga sama dengan mereka yang bertaraf professional – iaitu mereka yang memang khusus menjalankan perniagaan percetakan bisnes kad, samada online atau offline.


Apa pandangan anda? Adakah betul cara pemikiran yang saya pegang tersebut atau anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan sebab-sebab tertentu yang tersendiri? Silalah kemukakan pandangan anda bagi membantu saya menilai kembali apa yang saya fikirkan tersebut :D



16 comments:

  1. I love your artwork and I've found it easy to work with you brother... *_^... thanks brother for all you've done...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. I'm so flattered huhu (blushed - shy mode)... The pleasure is mine, really... :D

      Delete
  2. Wow.... I'm so touched.. thanks wafa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well not much I can do to support your YEO's things :D... (hope the BL is a quality one - not really sure though :D)

      Delete
    2. btw.. how do u find my BM post? huhuhu >_<

      Delete
  3. Nak order jugak wafa...nanti I call ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... guess its better kalau AS tinggalkan no fon through 'Contact Me' form.. :)

      Delete
  4. Well i guess there's nothing wrong with your approach Wafa..That one is more on helping others. But if one day you decide to go on business, you know what to do..you've got your profile already...

    ReplyDelete
    Replies
    1. figured that too :D. thanks for sharing your thought RDZ Z :)

      Delete
  5. Insyaallah one day nak buat jugak kad juga la.. order dengan uncle wafa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. You have a design? send me... I'll make one for you for 50% discount... No!! 60% discount... :D Look forward to hear from you...

      Delete
  6. for me this is more on helping others...n if u want to be more serious in business...u must grab all the opportunities

    ReplyDelete
    Replies
    1. can't really compete with professional designers out there, guess can't really go into business with this :D
      Thanks for your thoughts Noe :D

      Delete
  7. Alhamdulillah.... murahnya.... Abak ni student lagi,mungkin tak sesuai nak buat kad nama ni...heheh.. but In Shaa Allah... bila ada kerjaya,mesti perlukannya....boleh tempah dengan Uncle Wafa ? hehehe

    ReplyDelete