Feb 27, 2014

Doa Menaiki Kenderaan

Doa Menaiki Kenderaan

Beberapa hari lepas, seorang sahabat yang sangat kami sanjungi di atas keperibadian dan sifat-sifat kepimpinan, yang juga merupakan salah seorang pembantu fasilitator/Jurulatih di Kem Nur Hijrah, Yan Kedah, telah kembali ke Rahmatullah pada usia 18 tahun setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya. 

Sesungguhnya Allah amat-amat sayang pada beliau, menjemput beliau ketika usia remaja dan masih belum terpalit dengan pelbagai dosa... Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui ke atas hambamu...

Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Kedah, dan sedang mendalami ilmu agama di salah sebuah sekolah pondok di Kedah, sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM tahun lepas.

Beliau terlibat dengan kemalangan tersebut setelah kembali dari bertugas di Kem, iaitu setelah selesai program 3 hari 2 malam di kem tersebut,  dan masih dalam pakaian bertugas. MasyaAllah... Di khabarkan beliau yang bermotosikal telah terlanggar dengan sebuah kereta lalu jatuh, dan digilis oleh kereta lain... Beliau pergi di tempat kejadian. Semoga Allah mencucuri rahmat yang melimpah, dan berganda ke atas roh beliau (Al-fatihah).

Tiada siapa yang menduga, behawa pertemuan ketika O-Group selepas tamat sesi latihan di Kem sebelumnya, merupakan pertemuan terakhir dengan beliau. Allahuakbar...

Kematian akibat kemalangan jalan raya adalah suatu yang tragik. Ia berlaku dengan kuasa dan kehendakNya jua. Kadang-kadang dengan asbab-musabbab, tercuai dari pihak kita, kadang-kadang oleh kecuaian orang lain. Oleh itu, seruan saya, berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t. ketika hendak membawa kenderaan dan sentiasalah cermat dan berhemah ketika memandu/menunggang motosikal...  BACALAH DOA MENAIKI KENDERAAN sebaik sahaja menaiki kenderaan, dan pohonlah PERLINDUNGAN ALLAH SWT dari sebarang bencana ketika dalam perjalanan, semasa memandu. 

Doa ketika menaiki kenderaan

 

--



5 comments:

  1. ya, pada Allah kita mohon. moga sentiasa dalam lindungan-Nya. AlFatihah utk beliau.

    ReplyDelete
  2. selalu jugak baca..
    apa2 pun, perkongsian yg baik.. peringatan buat kita semua..

    ReplyDelete
  3. inalillahiwainnailaihirojiun... takziah diucapkan

    ReplyDelete
  4. Alfatihah untuk arwah. Semoga rohnya tenang disana bersama mereka-mereka yang beriman...

    ReplyDelete