Jan 16, 2014

Bergambar Dengan Aaron Aziz dan Hans Isaac... Uweeekks

Aaron Aziz
 Tengah dok khosek-khosek folder gambar dalam hard-disk, tetiba nampak folder gambar-gambar Raya tahun lepas (2013). Teringat hari raya tahun lepas, klik masuk folder tu nak kenang balik suasana hari raya kat kampung. Belek-belek setiap gambar sambil senyum sorang-sorang tetiba klik satu gambar semasa beraya kat rumah Ayah Su Hj Roslan (Misai Saddam), iaitu gambar bersama ‘Aaron Aziz’ dan ‘Hans Isaac’ –









 Nah, ni dia gambar bersama ‘Aaron Aziz’ dan ‘Hans Isaac’ la sangat… whoahahahaha…


Mieyzul Ju a.k.a Aaron Aziz & Razi Hawari a.k.a Hans Isaac




Aaron Aziz & Hans Isaac
Aaron Aziz tu sepupu aku yang macho tak habis – Ramizu (Mieyzul Ju), dan Hans Isaac tu adik no.3, Razi Hawari – cikgu/Pen. Kanan kat sebuah sekolah area Jerangau, Kuala Berang. Kedua-dua orang ni memang kelakar. Pantang kalau ada peluang jumpa macam ni, memang sakit perut sampai boleh krem lah jawabnya – asyik dok gelak jer kerja. Kalau orang tengok kami menyembang, nampak macam bawah pengaruh ganja… ehehhe..

Entah sapa yang mula start compare dorang dengan nama artis tu tak tahu lah. Nak kata serupa, tak lah serupa sangat – sikit-sikit jer kalau ada pon. Hans Isaac ni pulak sebab dah berisi – masa kurus dulu lagi macho hahahaha.

Tergelak sorang-sorang aku teringat kat dorang tu.


p/s: Dulu-dulu ni, dulu lah, berzaman dulu, kat 15 tahun dulu… ada jugak orang kata aku macam Norman Hakim ehehehhe… orang la kata, aku tak kata pon.


wafacw

Norman Hakim - From Google Image


# senda malam jumaat

.

4 comments:

  1. membaca blog Wafa malam ni... sampai la kesini... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... thank you for spending your valuable time here... nothing interesting much in this new blog. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...