May 24, 2019

Kerja Keras Dan Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim
Artikel ini untuk anak-anak pelajar saya...

Bekerja keras untuk mencapai Kejayaan! atau You need to work hard to be successful!

Anak-anak pelajar yang dikasihi. Dalam kehidupan anda sehingga ke umur sekarang, anda telah melalui pelbagai perkara; rintangan, ujian dan sebagainya. Anda juga telah melalui pelbagai kejayaan dalam memperolehi apa yang anda kehendaki. Anda juga telah berjaya HADIR ke sekolah sehingga ke tahap ini bermula dari sekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah. Anda juga telah berjaya melalui pelbagai pengalaman. Anda juga pernah berjaya dalam pertandingan-pertandingan atau sukan. Dalam kehidupan anda, anda SELALU berjaya dan anda juga SELALU gagal.



Itulah yang dikatakan perjalan hidup!

Anda biasanya BERJAYA apabila anda terlalu menginginkan kejayaan dan anda telah gagal kerana anda telah tidak memberi perhatian atau tidak berapa mengambil berat atas sesuatu. Oleh yang demikian, terdapat DUA keadaan apabila anda menghadapi sesuatu dalam hidup anda - pertama - samada anda benar-benar ingin mendapatkannya, merasa kemenangan, menguasai sesuatu. Kedua - samada anda menganggap sesuatu perkara itu tidak terlalu penting, anda tidaklah mahu memperolehinya atau melibatkan diri sepenuhnya.

Dan seperti yang saya nyatakan sebelum ini, anda akan BERJAYA jika anda menghadapi seusatu seperti situasi pertama, dan anda akan KURANG BERJAYA sekiranya anda menghadapi sesuatu seperti situasi kedua!

OK!

Sekarang, terdapat satu keadaan di mana apabila anda mendapati sesuatu perkara itu sukar atau susah, anda akan terus meletakkan perkara tersebut pada situasi kedua. Anda mungkin tidak mengambil kira samada perkara itu PENTING atau KURANG PENTING...

Anda memberitahu diri anda bahawa walaupun sesuatu perkara itu PENTING tetapi oleh kerana ianya sukar dilakukan atau mungkin memenatkan, atau memerlukan usaha yang lebih... maka anda meyakinkan diri anda bahawa perkara tersebut diletakkan dalam situasi kedua. Di sini anda akan mengalami konflik. Ianya PENTING tetapi anda tidak mahu memberi LEBIH perhatian!  Maka, pastinya anda menuju ke arah KURANG BERJAYA dalam perkara tersebut!

Ya..., saya maksudkan PELAJARAN yang anda perlu pelajari di sekolah. Untuk BERJAYA dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran di sekolah adalah satu keperluan dan ianya adalah sangat penting. Namun anda kerap mengalami kesukaran demi kesukaran... kesannya, anda TIDAK AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk memahami apa yang diajar, melakukan sesuatu agar anda faham apa yang diajar, atau TIDAK berusaha... anda hanya membiarkannya sahaja!

Sekiranya apa yang saya nyatakan di sini adalah apa yang anda alami, hadapi... maka saya cadangkan anda FIKIRkannya semula!

Perkara PENTING tetap PENTING! Anda PERLU faham... Anda PERLU berusaha... Anda PERLU bersungguh-sungguh!

Fikirkan perasaan ibubapa anda sekiranya anda TIDAK BERJAYA. Ibubapa biasanya akan kecewa dan bersedih sekiranya anak-anak TIDAK BERJAYA... tidak belajar dan faham.  Ini adalah kerana ia merupakan TANGGUNGJAWAB mereka memasukkan anda ke sekolah supaya anda BELAJAR dan BERJAYA dalam pelajaran anda. Sekiranya anda tidak berjaya - ibubapa akan sedih kerana gagal memikul TANGGUNGJAWAB tersebut.


Anak-anak pelajar yang dikasihi...

Andainya anda berusaha lebih sedikit untuk faham SEDIKIT demi SEDIKIT apa yang anda pelajari... sehingga anda BERJAYA faham semua apa yang diajar - bukankah anda akan GEMBIRA? mungkinkah anda akan BANGGA dengan diri anda? Sekiranya anda gembira, ibubapa anda akan 10 kali ganda lebih gembira daripada anda!

Oleh yang demikian, SILA BERUBAH!

Sila anggap memahami apa yang anda pelajari sebagai suatu yang SANGAT PENTING dan anda akan berasa PUAS apabila anda berjaya kelak! Tibalah masanya memberi tumpuan untuk BERJAYA! Tibalah masanya anda BERSUNGGUH-SUNGGUH dan BEKERJA KERAS!


Apabila anda bekerjakeras, anda Insha Allah akan BERJAYA terutamanya apabila anda juga memohon agar berjaya dari Allah SWT!

Akhir sekali - saya ucapkan selamat BERUSAHA dan BEKERJA KERAS untuk berjaya!!!!
ANDA BOLEH, BILA ANDA MAHUKAN KEJAYAAN!!!

Wabillahi atTaufiq wal Hidayah,,, Semoga anda BERJAYA!!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...