May 10, 2014

Melawat Kawan Lama di Pertandingan Kawad Berirama Karnival Mesra Belia Kedah

Kelmarin, hari Jumaat, dapat tahu ada Karnival Mesra Belia di Stadium Darul Aman, dan ada Pertandingan Kawad Berirama atau Kawad Kreatif dan Kompang Formasi bagi unit-unit beruniform sekolah-sekolah menengah di Kedah. Biasanya, kalau ada pertandingan kawad kaki ni, dah semestinya kawan-kawan dari unit atau Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) akan terlibat sebagai Pengurus Peserta atau Hakim Kawad Kaki...ehehehe... 

Pagi tu dalam pukul 10 lebih, saya pon pergi lah jenguk-jenguk di perkarangan Stadium Darul Aman... Memang ada dan pertandingan dah pun bermula setengah jalan... tinggal beberapa pasukan jer lagi yang belum masuk. Lebih dari 10 unit juga terlibat dan kebanyakkan yang terlibat adalah Unit KRS, disamping PKBM Laut dan Bomba... KRS ni biasalah, banyak perkara yang melibatkan kreativiti sebab salah satu dari kurikulum KRS ni adalah Kebudayaan...selain dari pengetahuan atau kemahiran berkawad atau perkhemahan.

Karnival Mesra Belia

Dan dari jauh lagi dah nampak, kawan-kawan yang bertugas sebagai Hakim Pertandingan...

Para Hakim Pertandingan Kawad
Gambar di atas, menunjukkan para Hakim sedang mengemaskini markah dan menyerahkan data kepada Ketua Hakim. Hakim-hakim terdiri dari pelbagai unit iaitu, Kadet Remaja Sekolah, Bomba, Tentera Darat, Pengakap dan yang uniform biru muda tu tak berapa pasti, samada dari Penjara (Correction) atau Pertahanan Awam... tak sempat jumpa pon hakim tu :D

Yang lain-lain dari Tentera dan KRS memang kawan-kawan :D

Ini adalah Mejar Zaib... juga merupakan seorang Ustaz... Kawan seangkatan (sebelum saya bersara) dari Regimen Askar Wataniah.


Ini, Lefternan KRS Muhd Muiz...  Beliau adalah salah seorang pelapis pegawai KRS iaitu generasi kedua Pegawai KRS, masih muda dan bersemangat - cukup berdedikasi... Semasa kami baru menghidupkan pasukan KRS tahun 1996 - 2000, belau masih di bangku sekolah, kini menjawat jawatan sebagai guru dan terus melibatkan diri sebagai Pegawai latih KRS.  Seronok melihat pelapis-pelapis pegawai latih yang bakal membawa Pasukan KRS ke peringkat yang lebih utuh dan perkasa demi anak-anak sekolah di zaman yang mencabar ini.

Ketua Hakim Kawad Berirama Karnival Mesra Belia
Mejar KRS Shafril Hilmi (Ketua Hakim)

Mejar KRS Shafril Hilmi Hanafiah, merupakan Ketua Hakim bagi Pertandingan ini dan beliau adalah salah seorang Pegawai Latih generasi pertama Pasukan Kadet Remaja Sekolah di negeri Kedah ini, satu angkatan dengan saya di zaman pengibatan saya dalam KRS pada tahun 1999-2003.

Hmmm, boleh dikatakan beliau adalah salah seorang dari Pegawai latih KRS yang sangat-sangat komited. Tahniah sahabat!!!

Tiga orang lagi rakan saya yang berada di Pertandingan ini iaitu Mejar KRS Amrimi Othman yang juga merupakan Pegawau Tadbir KRS Negeri Kedah, Mejar KRS Azman Basiron, kini bertugas sebagai Pensyarah di IPG di Jitra, Kedah dan Lt.M Ammar Rahim dari Regimen Askar Wataniah - yang dulu pernah menjadi anak didik saya dalam KRS ketika masih di bangku sekolah. 



Pertandingan Kawad Kreatif dan kompang Formasi Karnival Mesra Belia

Pertandingan ini merupakan pertandingan kawad kaki formasi yang disertakan dengan muzik atau paluan kompang. Ianya mempunyai unsur kreativiti seperti pergerakan tarian yang diintegrasikan dengan pergerakan kawad biasa. Kawad ini pada mulanya diterap ke dalam pasukan KRS tetapi selepas itu, diikuti oleh pasukan atau unit beruniform lain seperti PKBM, Bomba dan sebagainya diperingkat sekolah.

Apa yang saya nampak, kelebihan mengadakan pertandingan kawad kaki kreatif ini ialah, ia benar-benar mencungkil daya kreativiti pelajar atau peserta dalam mencipta langkah dan pergerakan di samping memasukkan unsur-unsur gerakan muzik dan tarian yang menjadi trend remaja sekarang ini. Selain dari itu, cabaran untuk menyatukan pergerakan memerlukan kerjasama yang sangat kuat. Kawad kaki itu sendiri mencetuskan kerjasama yang sangat kuat dan erat dikalangan peserta atau kumpulan, apatah lagi bila dimasukkan unsur tarian mengikut muzik yang diadun dengan pergerakan kawad kaki... Ianya adalah sangat mencabar dan dalam pertandingan tersebut, saya sangat kagum dengan komitmen para peserta membuat persembahan tersebut!!!

Tahniah kepada semua peserta... Anda semua memang ohsem!

Pasukan KRS SMK Kubur Panjang

Platun PKBM Laut - begitu segak, mantap dan bergaya... :D

Ketua Platun SMK MUaadzam Shah dengan aksi menariknya... :D

Berikut adalah aksi kawad berirama ini oleh SMK Tunku Abdul Aziz

kawad berirama
kawad berirama
kawad berirama



Pemenang Pertandingan Kawad Kreatif dan Kompang Formasi Karnival Mesra Belia Kedah 2014

Adat pertandingan akan ada yang menang dan akan ada yang kalah... Bagi saya semua yang mengambil bahagian sebenarnya adalah pemenang kerana telah berjaya membuat persembahan yang bagi saya sangat sukar dilakukan tanpa latihan yang kuat serta kerjasama yang erat di kalangan setiap ahli pasukan. 

Cuma, pemenang rasmi bagi pertandingan ini adalah pasukan yang mempunyai NILAI KERJASAMA dan USAHA GIGIH yang lebih jitu dan lebih tu pun, lebih sedikit sahaja! Jadi kepada yang tak menang dalam pertandingan ini sekarang... teruskan usaha dan cuba lagi di tahun depan!!! Mantapkan kerjasama...

Johan Pertandingan : SMK KUBUR PANJANG dengan memperolehi wang kemenangan sejumlah RM1,500!!!  Tahniah SMK Kubur Panjang... dan tahniah kepada guru atau jurulatih yang terlibat!!

Naib Johan Pertandingan : SMK TUNKU ABDUL AZIZ dengan memperolehi wang kemenangan sejumlah RM700!! Tahniah... anda memang ohsem, cuma mungkin sedikit kesilapan kecil yang sangat kecil dilakukan semasa pertandingan menyebabkan jatuh ke tempat ke-dua!

Ketua Platun SMK Kubur Panjang melapor diri sebelum membuat persembahan

 P/S : Rasa rindu pulak kat aktiviti kawad kaki ni hahahahaha... :D



3 comments:

  1. wow,
    by just looking at the pictures i cn tell u it is indeed awesome!!!

    ReplyDelete
  2. btl tu latihan, displin dan kerjasama sngt pnting menang dlm ape kua prtandingan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...