May 8, 2014

Bertugas di Majlis Jamuan Rasmi Penutup MSSM 2014 Kedah

Semalam berakhirlah Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2014 yang mana Kedah merupakan tuan rumah selepas 14 tahun kali terakhir dulu (tahun 2000), dan malam tadi Kerajaan Negeri Kedah telah meraikan semua kontingen negeri penyertaan dalam Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Pagi ni semua kontingen beransur-ansur pulang ke negeri masing-masing :D



Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah - MSSM 2014
Pentas bagi Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang di Dewan Bandaraya Alor Setar, City Plaza/ UPC Kedah


Tersebutlah alkisahnya, maka, teacher Mazlina (MBTW) sekali lagi kena terlibat dengan Majlis sempena MSSM 2014 ni, lepas terlibat untuk menemani atau membawa pelajar SMKTSR ke Majlis Pembukaan MSSM 2014 di Stadium hari tu. Kali ni, saya tak ikut lah sebab majlis jamuan ni majlis rasmi - kena ada jemputan baru boleh hadir.

Teacher mazlina di Majlis Jamuan Rasmi untuk MSSM 2014 Kedah
Teacher Mazlina dan rakan guru dari SMK Tun Sharifah Rodziah

Sebagai seorang guru, untuk bertugas pada acara atau majlis besar yang melibatkan Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah biasalah... bukan setakat mengajar kat sekolah saja. Nak pulak, majlis atau acara ni, peringkat Kebangsaan... bukan main-main ni... kan?

Guru SMKTSR di Majlis Jamuan Rasmi untuk MSSM 2014 Kedah
Antara rakan-rakan guru (perempuan) SMKTSR yang bertugas... termasuk Puan Pengetua

Guru SMKTSR di Majlis Jamuan Rasmi untuk MSSM 2014 Kedah
Rakan guru lelaki SMKTSR yang bertugas... semua orang kuat SMKTSR ni...

Dan, di panggil bertugas atau terpilih untuk bertugas wakil warga pendidik Negeri Kedah di peringkat Kebangsaan macam ni bukan 'free'... ada ganjarannya... hasil pengorbanan masa dan tenaga iaitu... merit dalam penjawatan. Kalau tak silap 5% kut untuk penglibatan di peringkat Kebangsaan... Kalau ada yang nak naik pangkat dalam tahun ni atau tahun depan... perghhh berguna tu, mata merit yang akan diberi oleh Pengetua :D

Tapi si teacher Mazlina ni, dia acara macam ni memang cukup suka dia... :D

Antara tugas yang diberi yang perlu dilakukan adalah, membuat persiapan pentas dari segi susunatur - macam pilih-pilih bunga dan perhiasan dan susun semua tu bagi nampak cantik. Dari pukul 12.00 tgh semalam lagi dah ker Dewan Bandaraya Alor Setar di City Plaza Alor Setar atau Bangunan UTC negeri Kedah - untuk buat persiapan. Ramailah guru-guru yang lain terlibat termasuk guru-guru dari sekolah-sekolah lain di Kedah ni... ada yang kena buat banner, ada yang kena ... macam-macam lah apa yang patut bagi menjayakan Majlis ni...

Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang
Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang


Selain dari itu, beliau juga jadi macam pelayan atau 'usher' kepada tetamu yang terlibat - bawa tetamu ke meja makan, jaga kebajikan mereka - macam kalau tak cukup air, pergi ambil air kat 'dapur', dan sebagainya. Sambil tu, dapat lah dia beramah mesra kejap masa peserta tengah makan... tanya itu dan ini.

Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang
Kontingen tuan rumah...Kedah Darul Aman
Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang
antara peserta atau tetamu dari Kontingen Kelantan ...huhuhu

Teacher Mazlina ni, minta awal-awal lagi nak 'usher' kontingen negeri Kelantan. Saya tanya kenapa nak usher kontingen Kelantan bukan kontingen Kedah... Dia kata... 'kan husband orang Kelantan..' huhuhu... macam tu pon boleh...hahahahaha... Padahal, dia bukan reti cakap Kelantan walaupun dah nak masuk 18 tahun berkahwin dan dekat 20 tahun kenal ngan kita... huhuhu... Kat rumah mak mertua dia pon, orang lain cakap Kelantan...dia dok cakap Kedah tu lah... awal-awal kahwin dulu yer lah macam itik bercakap dengan ayam, tapi sekarang itik dah faham cakap ayam, ayam dah faham cakap itik..so sorang bahasa itik, sorang bahasa ayam whoahahahahaha...

Actually, gambar-gambar kat sini semua dia yang ambil... saya set ke 'Auto Mode'... bagitahu dia, just tekan separuh 'shutter release button' tu sampai bunyi tut-tut..tanda dah focused, lepas tu tekan habis untuk snap the picture. Bila dalam dewan waktu malam - cahaya tak cukup, flash akan auto terangkat... tapi don't worry, cahaya dia, D5100 tu dah adjust elok-elok supaya tak terang sangat ...tak kurang sangat... gambar akan OK... Cuma masalah 'white balance' jer yang akan hancur, dan memang hancur pon... tu sebab saya kena edit balik kat Photoshop. Tu pon, maut jugak lah nak adjust - cahaya lampu spot light dan surrounding yang warna oren tu banyak sangat... warna kulit dah lari dari warna natural...

Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang
Persembahan Gamelan oleh pelajar SMK Syed Mohamad Albukhary
Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang
Persembahan Angklung oleh SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar...



Dalam dok bertugas tu, sempat lagi dia bergambar dengan penyanyi jemputan untuk menceriakan majlisi pada malam tu... yang mana, penyanyi tersebut juga lah yang menyanyi lagu pembukaan MSSM 2014 di Stadium Darul Aman hari tu...

Teacher dan Nur Jannah... penyanyi jemputan dan ex-student


Dan rupa-rupanya, penyanyi tersebut iaitu Nur Jannah, merupakan student teacher pada tahun 2007 dulu...lerrr... baru tahu. whoahahaha..

Sekarang ni Nur Jannah ni merupakan juga seorang guru, sedang mengajar mata pelajaran Sains, di salah sebuah sekolah di Langkawi. Kecik dunia ni... dan cepat masa berlalu... anak murid pon dah jadi cikgu jugak dah :D

Kalau tak silap, Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2014 ni dimenangi oleh Negeri Sarawak dengan 17 Emas.

Apa-apapun kat sini nak ucapkan TAHNIAH kepada teacher Mazlina, dan kawan-kawan seperjuangan beliau di SMK Tun Sharifah Rodziah yang berjaya membantu menjayakan Majlis Jamuan Makan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah untuk kontigen atau tetamu MSSM 2014 Kejohanan Balapan dan Padang! Caiyok! Caiyok!



p/s : tumpang bangga... :D atas semangat beliau dan rakan-rakan guru beliau! Semoga SMKTSR akan lebih meriah lagi tahun ni... dan tahun-tahun akan datang :)

18 comments:

  1. ...maaf ya, ada error sikit. Persembahan Angklung adalah dari pelajar-pelajar SMK. Sultanah Bahiyah, En. Hubby salah dengar kut...saja ler ambik gambar ni sebab nak motivate Aishah ( anak yang ke 2 ni form 2 di sekolah tu ) untuk join kumpulan angklung ni...baru pagi tadi duk sembang2 dlm kereta masa otw hantar dia ke sekolah.Bukannya apa...unik sangat rasanya alat muzik ni.Tapi Aishah kata..."Cikgu dah ajak masuk Umi...tapi Aishah malu"....lerrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... asyik malu jer lah Aishah ni... :D

      Delete
  2. wah..terbaiklah..nampak meriah gitu...admin tak tangkap gambo sekali ker?

    ReplyDelete
  3. Besaran juga nak handle majlis macam ni Wafacw... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... tahniah kepada JPN negeri Kedah dan semua PPD yang terlibat... juga semua sekolah-sekolah di Kedah yang terlibat... nasib baik lah sekolah teacher tu dapat bahagian persiapan pentas di dewan ngan usher kontingen jer... kena bab catering ker... aturcara majlis ker... jenuh. Kira guru-guru di Kedah ni berjaya bersatu bertungkus lumus menjayakan program ni dan MSSM keseluruhan lah!... :D :D :D

      Delete
  4. Aishah kan timid sikit. Setiap anak memang tak sama cikgu. Eh... komen kakak ni utk cikgu Mazlina dulu ye Wafa... jgn marahlah:)

    Hebat dan meriah kelihatan majlisnya. Cikgu Mazlina pulak kira macam tuan rumah mestilah tak menang tangan dari mula sampai akhir. Selesai majlis balik rumah kena berurutlah jawabnya hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak apa Kak... teacher Mazlina tu pun kira macam Penolong Kanan Admin Blog ni huhuhuhu...

      and Kak Zakie memang tahu lah kesudahannya selepas Majlis tu hahahahaha..

      Delete
    2. ...macam tu lah Kak Zakie...anak dara kami 2 org saja, tapi bezanya macam langit dgn bumi.Aishah ni lebih kepada 'behind the scene' person.Tasnim pulak jenis nak mencuba semua benda and kadang2 tu bimbang jugak dengan character dia yang over confident...Anyway, memang 6 orang anak kami ni + - x / = macam2 perangai...

      Delete
  5. Cantik gambar-gambar yang diambil, even auto set..menarik..nway tahniah pada teacher mazlina kerana telah bertugas dengan jayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you...dapat banyak pengalaman bila kena handle event macam ni...mungkin jugak sebagai preparation untuk menerima menantu...9 tahun lagi hehehe...mula dah tu nak merapu.Tapi memang dah ada dalam perancangan with my best friend and En Wafa pun dah kata ...'IKUTLAH'...sorry ye...Teacher Mazlina memang suka merapu. Maybe bila2 mungkin En. Wafa boleh tulis satu entry about it.

      Delete
    2. First - tq rdz z, dslr sebenarnya senang nak guna - just set ke Auto Mode, siapa pon boleh ambil gambar. Cuma dslr ni open to creativity utk set sendiri macamana gambar yang dikehendaki dengan menggunakan Manual Mode :D

      Secondly - ya tu teacher mazlina, memang nak teacher terdedah kepada pengalaman macm tu...involve in big events... :D and menantu? ehehehe... hmmmm...

      Delete
  6. Great event, thanks to contributions from all the teachers!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah..congratulations to all the teachers involved!

      Delete
    2. Yes, for making this event a successful one.

      Delete
  7. Tahniah Cikgu Mazlina dan cikgu-cikgu yang lain yang menjayakan majlis ini...bukannya senang cikgu2 ini nak meluangkan masa untuk acara2 macam ni...dapat suami yg memahami macam wafa ni ok la...baju sedondon tu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. sebagai suami, memang kena faham tugas isteri tu... tapi ada gaya jugak...kalau diminta bertugas pada masa DAN cara panggil bertugas yang tak kena... rasa macam nak tulis surat kat pihak tertentu jugak huhuhuhu.... Sebab kena ingat, pekerja perempuan yang isteri dan emak orang ni. ada tanggungjawab yang lebih penting... tak boleh take for granted... kalau pihak ber'authoriti' yang faham benda ni pasti kerja akan mudah dan berkat... :D.

      baju sedondon tu sebab baju rasmi sekolah.... ada uniform yang kena pakai hari Khamis... (batik) untuk jabatan kerajaan....

      Delete
  8. baru perasan encik wafa kurang tulis pasal ank sulung kan??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...