May 3, 2014

Alhamdulillah, Menang Contest Best Malaysia Food Hasrul Hassan

Beberapa hari lepas, walaupun 'internet connection' saya sudah pulih, saya telah tidak dapat 'online' untuk dua atau tiga hari disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari semalam saya dah mula balik 'online' serta blogwalking ke blog-blog sahabat blogger yang sentiasa 'update' entri dan yang tinggalkan jejak di 'message box' saya, serta juga yang komen di entri-entri saya. Alhamdulillah... 


Dan pagi ni, saya ternampak entri saudara Hasrul Hassan (Top blog MY) yang terkini iaitu tentang pengumuman pemenang kontes 'Best Malaysia Food' photo contest (link entri di SINI), yang saya juga telah sertai tak berapa lama dulu. Dan Alhamdulillah, saya dapati gambar yang saya hantar telah terpilih dan memenangi kontes ini bersama DUA orang pemenang lain; Yan Saflina (https://www.facebook.com/yan.saflina), Mahadi Mohamed Arifin (https://www.facebook.com/mahamahu) - MahaMahu.com


Alhamdulillah...

Sebenarnya, tujuan saya menyertai kontes tersebut adalah untuk menyokong usaha saudara HH kita yang telah membina Page Facebook 'Best Malaysia Food' (link di SINI). Niat di hati, memang nak post banyak gambar-gambar ke page tersebut tetapi, dalam tempoh tersebut, saya langsung tak keluar makan kat luar dan kurang berpeluang memasak menu istimewa pada setiap hari Jumaat seperti biasa (aktiviti saya dan MBTW), menyebabkan tak dapat lah nak post apa-apa gambar yang tentang BEST MALAYSIAN FOOD. 

Di kesempatan ini, saya nak jemput rakan-rakan blogger, kalau masak menu special ker, singgah makan di mana-mana ker, atau makan di rumah mak mertua atau mak sendiri..kawan-kawan atau jiran... boleh lah post gambar apa jua masakan yang berkaitan dengan Malaysian Food di page facebook tersebut walaupon kontes dah tamat. 

Dengan cara tersebut, kita akan dapat memperkenalkan atau mengumpul jenis-jenis masakan berkaitan Malaysia Food di page facebook tersebut. Cantik atau tidak, tu belakang kira,.. tapi kalau cantik memang lagi best sebab orang suka tengok gambar cantik-cantik kan?

Bila dah post ke page facebook tersebut..jangan lupa tinggalkan link entri ke blog masing-masing... dengan cara ni, kita juga akan dapat trafik ke blog kita kan?

Bagi saya usaha HH menyediakan page facebook tersebut adalah satu usaha yang sangat-sangat baik dan akan banyak membantu ramai orang samada blogger atau bukan blogger. Harapan saya, ia bakal jadi rujukan kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia mengenai jenis-jenis masakan Malaysia Food dan Malaysian food yang terbaik :D

Akhir sekali ... jazakallah saya ucapkan kepada saudara HH kerana memilih gambar saya untuk memenangi kontes ini..

Kepada rakan-rakan blogger, jom pakat-pakat like page facebook Best Malaysian Food dan sama-samalah kita terjah blog-blog sesama kita :D. InsyaAllah... ada kebaikannya yang Allah rancang untuk kita :D

16 comments:

  1. memang layak menang...gambar yg super cantik...tahniah..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. biasa-biasa jer gambar tu Kamsiah, gambar-gambar Kamsiah kat blog pon cantik-cantik...

      Delete
  2. Sependapat dgn kak kamsiah, memang layak menang, Superb! Melihat gambar ajer boleh meleleh air liur...
    Tahniah! Good job Wafa!

    ReplyDelete
  3. wahh tahniah beribu-rubu tahniah. Memang layak menang pun, tengok gambar jak pun dah berliur..heheheh

    ReplyDelete
  4. Memang layak menang..cantik gambar tu

    ReplyDelete
  5. tahniah! gambar dah cantik..pasti rasanya pun sedap! nak tanya sikit...adakah abe wafa nampak latest post www.zukidin.com di reading list dashboard blogger abe? semlm entri terkini x kuar sbb tu kwn2 x tinggalkan komen sbb entri terdahulu di blog lama yg terpapar. mohon maklumbalas ye..tq.

    ReplyDelete
  6. memang patut menang..cantik gambar.. :) tahniah.. :)

    ReplyDelete
  7. Tahniahh.. Memang nampak menyelerakan.. Maknanya cantek la gamba tu..hehe

    ReplyDelete
  8. tahniah!!

    husna singgah sini dari blog kak mia..:)

    ReplyDelete
  9. wow!!! the pictures are so mouth watering ekeke.
    congratulations uncle!
    u worth it ;)

    ReplyDelete
  10. Wow! Tahniah.... tengok gambar tu je saya dah terliur... memang layak Encik Wafa menang. Tahniah sekali lagi ya ^__^

    ReplyDelete
  11. Tahniah Wafa...teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah Wafa..yalah gambar dari photographer terbaik, mestilah terbaik kan..keep it up k..

    ReplyDelete
  13. Tahniah saya ucapkan, walaupun lambat sikit menitipkan ucapannya.

    ReplyDelete
  14. Congratulations! Hope it's not too late!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...