May 4, 2014

Aksi Kejar Mengejar Dengan Sesumpah

sesumpah
Petang semalam, masa baru sampai ke rumah dari kenduri akikah BFF MBTW di Jitra, tiba-tiba ternampak seekor Sesumpah atau sumpah-sumpah kat atas pokok tepi rumah. Ehh... lama jugak tak nampak binatang ni seingat saya... Kalau duduk di kampung memang selalu jumpa, tapi rasanya sejak duduk di Alor Setar ni, tak ingat dah bila last sekali jumpa Sesumpah ni... 


Apa lagi, dah lah lama tak jumpa, saiz dia pun agak besar, 'dan-dan' kata orang Kedah, aku capai D5100 aku yang memang selalu dibawa ke mana-mana aku pergi, dan perlahan-lahan menghampiri binatang eksotik ni. Errr... Sesumpah ni kategori binatang eksotik ker? huhuhuhu... eksotik la kut sebab dia dalam kategori famili Iguana kan? Cuma saiz dia jauh kecil dari iguana dan tak secantik Iguana. Ehehehe... memandai pulak aku!

Tengok aku rapat jer... terus dia bersembunyi belakang batang pokok... Punya la laju pergerakan dia...macam sekelip mata, hilang disebalik batang. Cuma nasib baik, masa aku jenguk belakang batang tu, dia masih ada kat situ dan duduk diam-diam... Aku rasa dia pon dok peratikan aku ehehehe... Nah, aku sekali aku tekan 'shutter-release button', klik-klik-klik tiga keping sekali gus...dapat. Memang aku dah set ke 'burst shooting mode'... dapat ehehehe...

Sesumpah atau chameleon

Sesumpah atau chameleon
Zoom dekat sikit... sehabis zoom... huhuhu... tu pon 55mm jer whahahaha... ni gambar aku besarkan dan crop. Nasib baik pixel tinggi... bila besarkan pon masih dapat details... ehehehe..

Tu pon dia dah turun sikit dari tempat tadi, terkejut sebab nampak cahaya 'flash' D5100 aku kut... huhuhu... kena pakai flash, sebab 'background' cahaya kuat (langit) nanti dia (Sesumpah) tu jadi gelap... nak bagi nampak dia cukup cahaya, kena pakai flash dan korbankan cahaya atau warna background jadi over-exposed.

Sesumpah atau chameleon

Dapat jer shot tadi, terus dia terjun atas pagar rumah aku... berdesup dia lari. Ni nasib baik dia berhenti atas pagar lepas aku lompat potong pergi kut depan dia... Time ni cukup kritikal, sebab anytime dia boleh lompat ke sebelah sana pagar yang ada banyak pokok bunga (rumah jiran).

Sesumpah atau chameleon

Sedang dia mara ke depan lagi perlahan-lahan, sempat aku ambil shot close-up. Kebetulan dia tengah posing baik punya... (boleh la pose tu... ). jarak aku dengan Sesumpah ni dalam lebih kurang satu meter jer...memang dekat. Tapi tu jer paling dekat aku sanggup pergi...kalau dekat lagi harus hilang dah dia.

Cantik pulak tengok warna dan sisik kat badan dia tu. Aku rasalah... dia tak sempat tukar kaler buat penyamaran kut... sebab dia confident dengan ketangkasan dia lagi whoahahaahaahaha... Boleh pulak main baca fikiran binatang ni huhuhuhu...

Hmm.. memang terkagum sekejap dengan kecantikan dia... rasa-rasanya mesti sesumpah ni jantan... sebab binatang tak macam manusia, yang betina tak lawa, yang jantan pulak lawa dan pelbagai kaler... whoahahaahaahahahaahahaahaha.... Ops... take note... statement ni tak berniat mengundang kontroversi yer...huhuhuh... :D


Ni shot last masa dia buat movement menghilangkan diri dengan melonjak ke sebelah sana pagar dan hilang disebalik pokok bunga yang banyak. 

Cer tengok bahagian kepala dia... dah blur. Actually shuttle speed masa ni adalah 1/200 sec. Satu kelajuan biasa yang masih boleh dapat imej yang sharp dan freeze shot kalau ambil gambar orang yang sedang berjalan. Tapi dengan kelajuan shutter speed tu pon, imej kepala dia tetap kabur... bayangkan kelajuan pergerakan dia. Menakjubkan...

Fuh... penat main aci ligan - kejar mengejar dengan Sesumpah ni... tapi puas hati jugak lah dapat shot yang OK... huhuhu... Time ni lah, sekali lagi terasa sayu sebab tak ada 70-200mm... ehehehe... bila lah nak dapat klik uncle Nuff hingga cukup dapat beli satu, yang harganya dalam RM3,000 (Second-hand) ehehe

Gambar di Mudah.my

14 comments:

  1. Replies
    1. tu sebab binatang tu yang comey huhuhu :D

      Delete
  2. Replies
    1. Haaaaaaa... baru teringat... jenuh dok cari panggilan sebenar dia masa nak tulis entri ni, tapi tak ingat jugak.... whoahahahaahaahaha... Pok Kor... !!!!

      Delete
  3. alahai cantiknya tengok gambar nie, ^_^

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Iguana in Malaysia, only at exotic pet shop only mah... hahahahaha... Ada ke Iguana liar kat Malaysia?

      Delete
  5. Assalammualaikum...

    sesumpah boleh berubah ikut warna persekitaran kan..

    mselim3

    pls: mselim3 geli tengok sesumpah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikum salam tuan mselim3 :D
      betul tu..sesumpah sepatutnya boleh ubah warna ikut persekitaran... tapi sesumpah ni tak berapa takut lagi kut..kalau takut ke, atau mode tunggu mangsa ke mungkin la dia ubah warna hahahaha...

      Saya sesumpah tak apa lagi..ular memang saya pon geli gak... hahahaha...

      Delete
  6. eh ni ke sesumpah hahahaha im confused T_T
    wow.
    goodluck in getting the 'cheap' lens ye uncle hihihihi.
    inshaallah! you can do it! gogogogo.
    love the shots :D
    very stunnning~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha qila dok bayang sesumpah dalam buku teks tu ek? Sesumpah tu kat negeri Mat Saleh jah... hahahahahaha... Ni sesumpah Malaysia... lidah dah tak panjang dah kut whoahahahahaha...
      ingat dalam setahun lagi tu cukup lah klik uncle Nuff utk beli lens tu kut wakakakaakakaka... :D

      Delete
  7. Wow cantik gambar ni Wafa..yalah professional photographer kan. mestilah cantik...nway sesumpah tu agak menakutkan...kalau kita yang tengok sah tak akan pergi dekat punya..

    ReplyDelete
  8. mmg cantik gambar2 tu wafa...noe klu nampak benda ni...bukan dia yg lari...noe yg lari dulu...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...