Apr 16, 2014

Bahaya Mengutuk Orang (WW 27)

Pesanan agar menghindarkan diri dari mengutuk atau memaki/mencaci (melaknat) orang lain.

Bahaya Mengutuk Orang
(Image size : 920x614) Klik kanan pada imej, klik View Image untuk saiz sebenar


Rasulullah SAW bersabda :

“Bahawasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada
sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit, lalu dikunci pintu
langit-langit itu buatnya. Kemudian turunlah kutukan itu
ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya.
Kemudian berkeliaran ia ke kanan dan ke kiri.
Maka apabila tidak mendapat tempat baru,
ia pergi kepada yang dilaknat, bila layak
dilaknat (ertinya kalau benar ia berhak
mendapat laknat), tetapi apabila tidak
layak, maka kembali kepada orang
yang mengutuk”

dipetik dari: Pedoman Amal Ibadat - Imam Al-Ghazali

p/s:
Elakkan dari mudah melaknat atau mengutuk orang atau sesuatu... takut-takut kalau tak benar laknat tu, akan balik kepada diri sendiri... Percuma saja kita melaknat/mengutuk orang... Lebih baik cuba berdiam diri walaupun disakiti atau tersakit hati... daripada melaknat/menyumpah/mengutuk dsb...

--

13 comments:

  1. ha ni sangat betul, tapi kannn ada sorang tu kannn, suka sangat menyakit dan mengutuk orang pas tu mengaku diri baik... uhuksss.... sangat tak sesuaiii....cakap tak serupa bikin.... ooopss sorry teremo pulak... hey i've sent you sms...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... don't know what to say... kena banyak sabar lah nampaknya... ujian nak tingkatkan kesabaran tu... :)

      thanks for the sms...

      Delete
  2. Itulah jgn mudah mengupas dan telan bulat-bulat apa juga fakta yg tidak sahih apa lagi tak tahu kebenaran. Bimbang jadi fitnah dan kutukan yg akhirnya memakan diri sendiri.

    Mohon dijauhkan sebab dlm kita berjaga-jaga syaitan sengaja cuba melaga-lagakan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... betul sangat sangat...
      dalam dok berjaga-jaga... lagi kuat godaan/hasutan/trick syaitan kakzakie...
      tu sebab kejayaan sebenar kita adalah dalam membendung..menjaga diri kita dari tipu helah syaitan dengan selalu zikrullah dan mohon pertolongan dari Allah swt...
      Astaghfirullahalazim...

      Delete
  3. Insulting people is like spitting to the sky. It will hit ownself eventually.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik diam dari berkata-kata, andai kata-kata anda itu tidak seindah berdiam

    ReplyDelete
  5. betul tu wafa...kutuk mmg sedap...tapi x muhasabah diri..bahaya...ntah bila la nak minta maaf...peringatan untuk noe ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... saya pon fikir macam tu lah...

      Delete
  6. terima kasih atas perkongsian hadis ini... sangat2 bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama mia... untuk peringatan penting kepada diri sendiri jugak dan sesama kita...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...