Apr 28, 2014

Alhamdulillah, Kembali Ceria

Alhamdulillah... Walaupun lagi dua hari sebenarnya untuk bulan April ini berakhir, sekejap tadi, internet quota 15400MB telah kembali 100% dan sekali gus, mengembalikan keceriaan malam ini dan insyaAllah.. hari-hari yang mendatang. Subhanallah...





Sebenarnya, dua hari kebelakangan ni, dah pun ceria sedikit, walaupun masalah ISP belum selesai sepenuhnya. Benarlah seperti yang biasa kita dengar dalam program-program motivasi dan sebagainya, iaitu - nak sedih, berduka, bingung, resah, bermuram durja atau hendak ceria, gembira, tenang, adalah bergantung kepada cara kita berfikir atau menangani sebarang keadaan yang sedang kita alami. Ianya satu PILIHAN. Apa yang perlu dilakukan hanya tumpu kepada apa yang kita boleh kawal, iaitu pemikiran kita.

Masalah komputer, sistem, ISP, apa yang orang buat kepada kita, adalah perkara yang kita tak boleh nak kawal. Kalau dia nak jadi, dia jadi. Bukan dalam kuasa kita nak tak bagi motherboard terbakar ker, Window kena virus tiba-tiba ker... ISP provider ada masalah ker... bukan? Dan sekiranya berlaku sesuatu tu, memang terkesan... kalau berkaitan dengan perkara-perkara penting... kerja-kerja yang perlu disiapkan dan ada due date ker pulak, mesti SENAK PERUT jugak dibuatnya... Itu adalah normal... otak kita akan hantar signak untuk REAKSI dengan perkara yang terjadi...

Namun begitu, nasib baik, reaksi tersebut timbul dari otak KITA... atau maksud saya, kita punya otak.. hak kita.. di mana kita juga boleh kawal hak milik kita... Jadi, kita cuma perlu bertenang sekejap... dan sediakan dua jalan di depan kita; pertama - untuk terus bersedih, berduka, berbengang, bersakit perut atau jalan kedua - Tak mahu ikut jalan pertama tadi... tak mahu sedih, tak mahu sakit hati, tak mahu menyusahkan diri... sebabnya... kita dah tahu, kalau ikut jalan pertama tadi... tak akan ada penyelesaian...

Macam kita selalu tengok kat TV dalam cerita-cerita drama di mana skrip dia berbunyi ...

"Awak perlu bertenang, jangan bertindak melulu, kalau awak nak terus balas dendam dan membunuh dia (orang jahat), si dia (orang yang hero sayang) tak akan hidup balik... Dia dah mati, dan tak akan kembali walaupun awak sudah balas dendam awak... Lagi pun, kalau awak bunuh dia (penjahat), awak yang akan ditangkap dan dihukum..."

Hehehe... dasyat skrip tu...

Ya, kalau kita berduka dan merosakkan diri kita... ia bukan boleh mengubah keadaan atau sesuatu yang bukan dalam kawalan kita... Jadi, lebih baik, kita bertenang... stay cool - orang putih kata... :D

Cuma, saja nak layan drama kehidupan bagi ada kaler-kaler sikit.. buat-buat lah emosi sekejap kan :D. Layan jer sekejap sebagai menunjukkan yang kita ni bernyawa, bukan robot... tetapi sekejap sajalah. Jangan terlalu lama... Kalau tak ada emosi, asyik cool saja... tak ada drama pulak. bayangkan cerita drama..yang tak ada drama... uikks? Macamana tu...

Walau apa-apa pun, saya nak ambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada sahabat blogger semua yang memberi kata-kata semangat, menunjukkan emphaty dan keperihatinan ... atas kemalangan yang telah berlaku ke atas saya pada bulan April ini... dan tak salah kalau saya sebutkan dua tiga nama seperti Smartan Dad, RDZ Z, Bunda, brother Zamizi, qila, tifa, Vee, Mama Niza, dan tuan Denaihati pon ada... :D

Kepada semua lah yang melawat Blog ni ketika saya mungkin tak dapat BW balik kat blog mereka, atau kalau dapat BW, tak dapat komen... dan even pernah tak dapat komen balas..komen-komen anda. Mungkin ada juga yang bila baca entri saya... ter tak dapat nak komen sebab terlalu merapu kadang-kadang tu hahahaahhaa... :D

TERIMA KASIH semua...

Alhamdulillah... now, we are back in business... :D

29 comments:

  1. Good to hear that! Welcome back!

    ReplyDelete
  2. Yeaaa..Welcome back. Tak mau stress-stress k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... alhamdulillah... completely recovered

      Delete
  3. Ok dah tu...
    Kawe ni line masih merayap... kade-kade tu rasa nak handing kot luar nela...

    Sorang kawan cakap... fikir secara positif dan sorang lagi cakap kena bersangka baik.... sorang cikgu sorang ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. fokus kaedah penyelesaian... insyaAllah... sabar sikit lagi dan take it easy... baru ada jalan kut lah kan... ada jalan tu...:)

      Delete
  4. Ni internwt jenis apa ek. Bukan stremyx atau unifi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..dua-dua pon bukan :D. I wish i can use streamyx :D

      Delete
  5. masalah kouta takper, sekrang dah boleh tambah kouta. Tapi masalah lagi besar kalau masalah takde signal lagi menyakitkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. betul tu... tapi alhamdulillah, saya kat sini dalam kawasan signal yang baik... walaubagaimanapun, ianya terhad..kalau balik kampung tak ada signal :)

      Delete
  6. Assalamualaikum...

    Lama betul saya tak singgah sini. Sorry ye. Keadaan kesihatan sekarang ni tak menentu. Apa pun, harap En Wafa sihat sejahtera hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam wbk... alhamdulillah, masih sihat... ainim... :D
      Saya pon rasa lama tak singgah sana..sebab masalah connection... banyak tak boleh BW... btw harap ainim cepat segera pulih...
      p/s kerap jugak ainim tak sihat... hari tu sakit kepala lama jugak kan... take good care of your health :)

      Delete
  7. Alhamdulillah... Internet dah laju tu... jom gi singgah umah KN... hehe... Singgah pagi kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dah settle..insyaAllah boleh jalan-jalan rumah jiran huhuhu

      Delete
  8. Ok.. selamat kembali ber'business' hihi..
    Ini baru panjang akal tak mahu ikut step pertama beduka-lara rugi
    Ikut step ke dua inilah dptnya:) kembali meriahlah lepas ini nampak gaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... ya... dah boleh kembali berbusiness... :D

      Delete
  9. Replies
    1. insyaAllah.. boleh berseronok sikit... :D

      Delete
  10. salam abe wafa. semoga sihat sokmo. kena berjimat cermat dlm menggunakan kuota tu. btw, abe kie dah guna domain sendiri. URL baru ialah www.zukidin.com. mohon abe update blog list ye? tq n selamat bercuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah abe kie... saya baru settlekan blog list tu... dan alhamdulillah feed dia pon okay :D

      btw..tahniah sebab ada domain sendiri dah :D

      Delete
  11. dah llama rasanya tak jejak ke sini...baru tau wafa kena kemalangan...hopefully tak serius...
    kena fikir positif wafa...klu internet prob...boleh buat draft tuk n3 dulu...tak pun g cari tempat yg ada wifi...klu kita sesakkan otak kita..maka sesak la jadi nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err.. nOe..bukan kemalangan... ke'malang'an..eheheha... alhamdulillah semua ok untuk masa ni... bagus jugak cadangan tu.. take note...:D

      Delete
    2. hehe itu la...bila baca n3 yg lain..baru faham...ingatkan betul2 kemalangan...hehehe

      Delete
  12. Walaupun kita bloggers hanya sahabat alam maya....tetapi sekiranya salah sorang dalam dukacita akan terkesan juga dihati yang lain2 nya...
    Sama lah juga apa yang terjadi kpd bunda di April yg lalu...

    Dengan kehadiran sahabat2 menjengah memberi kata2 perangsang membuatkan jiwa ini sedikit tenang dan bersemangat kembali...
    Terima kasih Wafa kerana tak jemu dan cuak untuk singgah ke Teratak Bunda juga sahabat2 yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah yang saya rasa dengan yang bunda rasa... alhamdulillah dapat sahabat blogger yang baik-baik...semoga silaturrahim ni diberkati Allah SWT... dan Allah beri kebaikan kepada kita semua...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...