Mar 28, 2014

Seronok Buat Ais Krim

Salah satu perkara yang tak berapa nak boleh tahan, tiap-tiap hari nak beli ais krim. Kalau sekali sehari boleh lagi diterima... tetapi kadang-kadang sampai 2 atau 3 kali. Satu ais krim dalam RM0.70, 4 ais krim RM2.80, 3 kali sehari bersamaan RM8.40. Dah dekat RM10 sehari hanya untuk ais krim.


Kalau tak bagi beli, kesian pulak... Tak sanggup dengar ajakan demi ajakan berulang-ulang nak pergi kedai mamak (kedai runcit) nak beli ais krim. Budak-budak memang bab nak dapatkan apa yang dia orang hendak memang power. Consistent dan repetition... mesti dapat punya. Lepas tu dia buat tak dengar kepada apa sahaja alasan... yang penting dia orang kena dapat... (good selling point). So... what else... My MBTW decided to beli bekas buat ais krim untuk buat sendiri. Ais krim Sarsi home made.

Bekas ais krim bewarna warni bentuk payung :)

Acuan ais krim bewarna-warni bentuk payung. Hanya perlu bancuh Kordial Sarsi atau apa jua perasa yang dikehendaki... isikan dan masukkan dalam freezer.

Yang bagusnya budak-budak ni... asalkan boleh makan ais krim... macam ni pon tak apa. Sayangnya kuantiti dia sikit sebab bekas tu kecik ajer. Alternatif dia... bubuh jugak dalam plastik ais krim malaysia tu. :D

Tiap-tiap hari pagi-pagi dah bukak peti ais check dah keras belum ais krim :)

Seronok boleh buat ais krim sendiri dalam bekas yang cantik bewarna warni :D

Selesai satu bab perbelanjaan untuk beli asi krim kat kedai mamak :D


Khusyuk tengok kakak buatkan ais krim. Nasib baik ada kakak boleh tolong buatkan dan nak layan kerenah adik-adik yang sangat nakal ni...

Terima kasih kat kakak-kakak yang dua orang. Sekarang tolong adik-adik yang lelaki dan nakal ni... besok bila dah besar nak ada kenduri kahwin ker apa... adik-adik lelaki ni la yang nak bantu macam-macam kan? Kalau abah dah tak ada ker, adik-adik ni jugak boleh jadi wali kalau nak kahwin... :D

Jazakallah, Allah jua lah yang balas bakti kakak :D

-

19 comments:

  1. Replies
    1. haah..comel dan menarik... my wife la... dia suka benda-benda cam gini hahahaha :D

      Delete
  2. i would like to have one macam bekas tu hehe boleh buat aiskrim with many different flavors hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat Sugar & Flour kat Alor Setar ni... dulu nama kedai kek sayang... :D

      Delete
  3. hye bang , saya nak minta maaf sebab selalu komen spam. Sorry ok :)

    Saya ada buat entry untuk memohon maaf. Harap baca la ea
    http://awksweetgitu.blogspot.com/2014/03/im-sorry-cause-did-spamming-tt.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sama je komen ko setiap blog aq jumpa.. alhamdulilah bguslah dah insaf ye.. :P

      Delete
  4. bagus ya bro...ada rupanya alat nak buat aiskrim mcm ni...something yang kreatif.. budak2 mesti suka buat..compare nak buat aiskrim mlaysia yg letak dlm plastik tu ..susah gak..comot2 air tumpah..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat tarik perhatian...cari bekas comel comel hahahahaha..nampak macam mainan kan...

      Delete
  5. Cantik bekas tu... bersemangat anak-anak bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.... memang semnagat jadi dorang tu... sekaki kat dapur...hahaha

      Delete
  6. Hihi... sayang-sayang boleh bagi auntie pinjam mould aiskrim tu tak? Cutelah auntie pun terpikat. Tempat auntie macam belum nampak lagilah.

    Kakak-kakak mesti tumpang sekaki juga kan. Alaaa... auntie tahu sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dia beli kat 'sugar and Flour' kedai supply bahan-bahan buat kek.. tak pasti ada kat tempat lain ke tak 'S&F' ni... :D

      Delete
  7. comelnya bekas ice cream..tengok cara dia orang tenung bekas tu pun dah tau betapa tak sabarnya dia nak merasa ice-cream tu..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. dorang ni memang selalu excited dengan benda-benda baru... hahaha... sekarang dah start buat sendiri dah

      Delete
  8. I used to buy this ice cream maker when I was in primary school.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u made the ice cream yourself when u were in primary school... ?

      Delete
  9. my MIL ade jual aiskrim malaysia long time ago. tapi sll dihabiskan ole my first son sampai gigi susu dia jadi hitam

    ReplyDelete
  10. Sejuk je hati kalau anak2 ni saling tolong menolongkan.. harapan Wafa, harapan semua ibubapa juga.. In shaa Allah.

    Pernah nampak Ice cream maker jenis macam ni kat katalog direct selling, kalau tak silap, cosway kot..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...