Mar 29, 2014

Hujan Yang Turun, Satu Rahmat, Alhamdulillah...

hujan dah turun, alhamdulillah
Alhamdulillah, Ya Allah Ya Rabb... Ya Rahman Ya Rahim...,

Sekarang dalam pukul 6.53 ptg... hujan turun renyai-renyai sejak 15 - 20 minit yang lalu... Walaupun tak lebat, cukuplah untuk meredakan kepanasan cuaca hari ni. Kalau tak hujan, malam pun cuaca tetap panas sebab haba dari bumi masih dikeluarkan. 



alhamdulillah hujan dah turun
bintik-bintik air hujan

Namun begitu, melihatkan langit yang mendung ni... harapannya malam ni hujan akan berterusan sampai pagi esok.

Rahmat yang Allah beri ni, pernah saya dengar ustaz-ustaz mengatakan bahawa ianya adalah berkat doa rang-orang Alim yang kuat beribadat kepada Allah. Kita bersyukur kerana masih ada mereka yang alim dan ahli ibadat yang juga sentiasa mendoakan kesejahteraan semua muslimin dan muslimat, insyaAllah... Allahualam bissawab...

Sebagai orang yang kurang alim ini, hanya mampu bersyukur dan mendoakan kesejahteraan mereka yang kuat amalannya kepada Allah Taala... serta mendoakan keampunan semua mereka yang lain daripada Allah SWT disamping beristighfar untuk diri sendiri...

hujan mula nak lebat alhamdulillah
hujan yang turun rahmat Allah Taala


Rahmat Allah sungguh besar... Alhamdulillah..

7 comments:

  1. alhamdulillah dah hujan tu.... ditempat saya pulak gelap.... ku sangkakan nak hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini siap dengan ribut tuan... sebahagian bumbung rumah MIL dah terbang tadi... dua tiga buah rumah jugak terlibat... tukang dok tengok apa kena buat.. tak ada earth night la malam ni :)

      Delete
    2. ...dan bertungkus-lumuslah Cek Abang kita malam tadi mengemop lantai rumah yang dibanjiri oleh air hujan yang turun melimpah-limpah...TQ Dear.

      Delete
  2. Salam.
    Alhamdulillah. Hujan yang turun membawa rahmat. Ditempat saya masih lagi panas. Kadang-kadang saja hujan turun namun sekejap saja.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullah...
    Tempat bunda dah tiga hari turut2 hujan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...