Mar 30, 2014

Dari Panas, Turun Hujan, Lepas Tu, Ribut

Dua hari yang lepas, cuaca di Alor Setar ni cukup panas membahang. Lepas mandi, tak sampai berapa minit dah berpeluh balik badan dan rasa tak selesa. Air-cond pon tak berapa nak sejuk. Namun begitu, petang semalam dalam jam 5.00 petang macam tu, hujan mula turun. Langit mendung dan hujan mencurah-curah. Punya la seronok... cuaca kembali sejuk. Kebetulan tengah menghadap laptop- terus capai kamera, ambil gambar dan update entri blog hahahaaha... (entri hujan di sini).


Dan dalam dok update blog tersebut, angin kat luar pon turut bertiup agak kencang... memang cukup sejuk petang semalam. Terbayang jer hujan akan berlarutan, dan air akan banyak kembali. Dalam masa yang sama, sayup-sayup kedengaran bunyi siren. Masa tu kalau bunyi siren, biasanya ambulan sebab laluan lebuhraya depan rumah tu memang laluan ambulan ke hospital. 

Dalam pukul 8.30pm, BIL telefon. Dia kata rumah MIL bumbung diterbangkan angin... Uikkss... dalam hati kehairanan sebab tak tahu yang angin begitu kuat. Di rumah ni setakat tempias air masuk dalam rumah. Since, semua dah settle, so tak lah keluar pergi tengok rumah MIL tu dan agaknya tak lah teruk mana, besides sikit saja bumbung yang terbang tu pon bukan semua.

Tetapi, pagi ni, masa nak jemur kain tadi, buka-buka pintu dapur... tu diaaa...

pokok pisang nangka tumbang kena ribut
Add caption
pokok pisang nangka tumbang kena ribut


Pokok pisang nangka aku... sepohon dah tumbang, sepohon lagi, masih anak... dah terkepak dah pucuk dengan daun dia... huhuhu... kuat juga rupanya angin semalam. Keluar nak pergi tengok lebih dekat... tu dia.. nampak pokok cempedak aku pun terbongkah keluar... terbalik... huhuhu... memang kuat angin... Tak ada rezeki pokok cempedak aku tu... baru keluar buah mula halus-halus lagi... ehehe...

pokok cempedak tumbang


Dengar cerita pagi ni, rupa-rupanya kepala angin lalu kat area Alor Merah (kawasan hospital KMC) hingga PKNK dan beberapa rumah telah terkopak dinding dan bumbung. Banyak juga pokok-pokok besar tepi jalan Lebuhraya Sultanah Bahiyah yang patah dahan dan jatuh atas jalan. Patutlah ada bunyi siren... dan rupa-rupanya siren bomba... 

Apa-apa pon hari ni hujan tak turun tapi cuaca panas balik. langit nampak mendung tapi tak hujan... :D

-

5 comments:

  1. kat sabah nie pun dah turun hujan..sejuk sikit

    ReplyDelete
  2. Wow..that bad..mesti pokok tu menghalang pusaran anginkan..

    ReplyDelete
  3. dahsyat tu...bunda belum mengalami keadaan ni kat sini..

    ReplyDelete
  4. Kepala angin tu macam puting beliung ke? dasat gak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...