Dec 19, 2014

Cuaca Terang & Panas, Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah... Alhamdulillahirabbil'aalamin, lepas seminggu hujan setiap pagi dan petang, walaupun tak lebat seperti di sebelah Pantai Timur, hari ni cuaca agak terang dan panas... Allah swt Maha Mengasihani. Dapat jugak jemur kain baju yang lembap hari ni...



Dec 18, 2014

Masak Tumis Sawi Sempoi

Bismillahirrahmanirrahim... 
Entri ni actually lanjutan dari kursus masak untuk anak teruna saya yang baru habis SPM. Untuk pelajaran hari ni saya suruh dia buat Masak Tumis Sawi (ala en. wafa). Masak Tumis Sawi ni atau Tumis Air Sawi adalah masakan sayur yang paling senang - senang bangat bangat, cepat dan jimat/murah. Bagi saya, wajib untuk seseorang tu BOLEH masak tumis sawi ni. Ia juga salah satu masakan dalam Menu Orang Bujang selain dari Telur Dadar :D.

Dec 10, 2014

Poi Kuala Pilah - Nogori Sombilan

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu minggu lepas, Alhamdulillah berlangsunglah Majlis Perkahwinan adik ipar yang bongsu, iaitu adik kepada wife, Mursyid Mustafa dan pasangannya Nadia - pada 6hb Disember 2014. Pengantin perempuan berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan... so, sompek lah kami bertandang di Kuala Pilah untuk dua hari. Satu pengalaman yang sangat menarik berada di Kuala Pilah.

Dec 1, 2014

Ukhwah Fillah

Ukhwah Fillah, saya selalu nampak perkataan ni kat blog-blog, dalam facebook pun selalu jumpa. Kalau tak silap, maknanya - bersaudara atau persaudaraan atau persahabatan kerana Allah SWT... Jadi ianya adalah perhubungan antara seorang dengan seorang atau banyak orang yang lain... perhubungan tu macam beradik-beradik, kawan-kawan lah bukan? 

Imej Ukhuwah yang cantik oleh anawardatulsyauqah

Nov 30, 2014

Beranikah?!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Beranikah kita untuk TIDAK SOLAT...  Itulah ayat penuh kepada title di atas...

Catatan ini adalah peringatan kepada diri sendiri untuk diulang baca dan diulang renung. Juga kepada zuriat saya dan orang-orang yang saya sayangi serta sesiapa sahaja yang berhubung-kait dengan perkara ini...

Perintah SOLAT adalah perintah yang berbeza dari kefardhuan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, atau kefardhuan lain. Perintah SOLAT berlaku dengan peristiwa Israk Mikraj, suatu peristiwa yang sangat penting, perjalanan Nabi SAW yang ditemani Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa di Palestine dengan menaiki Burraq... yang mengambil masa yang singkat. Seterusnya perjalanan Nabi SAW yang juga ditemani Jibrail naik ke langit MENGHADAP ALLAH SWT...

Nov 29, 2014

Wiper Motor Exora Rosak - Jadi Pomen Bidan Terjun

Bismillahirrahmanirrahim...

For the first time, dalam seumur hidup ni saya mengalami kejadian seperti ini. Pengalaman menggunakan kereta selama ini tak pernah lagi berlaku; motor wiper of my Proton Exora, rosak or actually gear yang dalam motor tu pecah... It's quite an interesting experience. Kalau benda-benda lain berkaitan air-cond, atau radiator ker, tu biasa atau pernah kena... tapi motor wiper rosak ni memang rasanya jarang-jarang berlaku kut. So, experience ni macam kira 'nasib' saya lah :D

Proton Exora Wiper Motor

Tentang Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru terbaca sedikit maklumat mengenai TANDA-TANDA KEIKHLASAN di blog seorang sahabat blogger. Satu catatan yang bagus sebagai panduan memperbaiki diri. Jazakallahu khairan atas perkongsian tersebut...

Lihat ulasan TANDA-TANDA KEIKHLASAN di blog beliau DI SINI.

Subhanallah... Dalam kehidupan ini, biasanya kita melakukan sesuatu perkara bagi mencapai suatu matlamat tertentu. Contohnya, kita pergi bekerja untuk memperolehi gaji yang kita perlukan untuk pembiayaan keperluan tertentu dalam kehidupan seperti membeli makanan dan minuman, melanggan sesuatu perkhidmatan seperti talian komunikasi, elektrik, air dan sebagainya. Jadi ianya biasanya suatu HABUAN...

Seorang cikgu pernah bercerita tentang matlamat beliau iaitu agar pelajar-pelajar beliau mendapat gred A dalam matapelajaran yang beliau ajar dan beliau berharap agar peratus pelajar yang memperolehi gred A meningkat dari tahun lalu. Ia adalah penting kerana, ia akan mendapatkan perhatian dan penghargaan dari pengetua beliau. 

Pendek kata, sesuatu pekerjaan yang kita buat itu, adalah bagi mendapatkan sesuatu habuan tertentu...

Oleh yang demikian, wallahualam... apakah sebenarnya yang dikatakan melakukan sesuatu itu dengan IKHLAS.... Apakah maksudnya Ikhlas tersebut... Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat, pastinya kita perlu mendapatkannya dari orang yang 'alim dalam bidang atau topik KEIKHLASAN ini... Saya sendiri tergagau-gagau dalam bab ini. 

Walaubagaimanapun, mungkin catatan dari ulama masyhur dan muktabar seperti YUSUF AL-QARADAWI seperti yang dikongsikan di blog sahabat blogger saya DI SINI dapat memberi sedikit pencerahan... InsyaAllah... Semoga Allah Subhana wata'ala menyematkan ilham ke dalam hati kita untuk memahami maksud IKHLAS yang sebenar itu... serta memberi petunjuk taufiq dan hidayah agar kita mampu melakukan sesuatu pekerjaan dengan ertikata IKHLAS yang sebenar... Allahualam bissawab...

PENTINGNYA IKHLAS

Subhanallah... IKHLAS ini adalah suatu yang dituntut oleh Allah SWT dan sangat penting. Ia menentukan samada pekerjaan kita itu dikira sebagai amalan yang boleh membawa kebaikan kepada kita di akhirat kelak atau memusnahkan kita sehingga tercampak ke neraka Allah... Wana'uzubillah...

Jom sama-samalah kita mencari dan terus mencari jalan dalam mencapai tahap melakukan pekerjaan dengan IKHLAS sebenarnya dan dalam masa yang sama marilah kita beristighfar berbanyak-banyak di atas kecetekan ilmu kita disamping mengharapkan agar Allah Subhana wataala menerima pekerjaan kita dalam masa kita berusaha memperbaiki diri kita... 




Nov 28, 2014

Hablun Minnallah, Hablun Minannas

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, beberapa hari ni seorang sahabat telah meminjamkan saya sebuah laptop untuk menyiapkan satu flyer untuk kedai komputer beliau dan saya telah menyiapkan flyer tersebut, and it's actually for free. Well, my friend, if you read this, anggaplah dengan meminjamkan laptop ni kepada saya sebagai bayaran servis saya tu... boleh? huhuhu... So, since the laptop is in my hand... saya nak amibl peluang ni untuk kemaskini sikit atau update kerja-kerja blogging yang saya mulakan sejak awal tahun ni... Sayang pulak biarkan ia terbiar begitu saja.. :D



Apa-apapun, jazakallahu kathiran kepada sahabat saya dari Kak Mira Computer..

JOM SEMAI KASIH SAYANG SESAMA KITA

Saya percaya ramai yang biasa mendengar ungkapan ini;

Hablun Minallah... Hablun Minannas...

Tak silap saya, maksudnya - Hubungan dengan Allah SWT dan Hubungan dengan Manusia (An-Nas : Manusia)

Ianya sebenarnya satu seruan, supaya menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. Menjaga hubungan dengan Allah SWT tu maksudnya melakukan apa yang disuruh atau lebih tepat lagi diajar oleh Allah SWT kepada kita dan meninggalkan apa yang dilarang... Allah SWT suruh atau ajar kita supaya sembahyang lima waktu, maka untuk memastikan hubungan kita dengan Allah SWT terjaga, maka kita pastinya akur dan sembahyang lima waktu... selain dari itu, sentiasa zikrullah, mengingati Allah SWT setiap detik dan ketika, dalam apa jua perbuatan kita.... dan banyak lagi lah. 

Manakala tinggalkan apa yang dilarang seperti, Allah SWT melarang kita dari mensyirikkan Allah SWT... jadi kita tak bolehlah nak takut kepada benda atau keadaan selain dari takut kepada Allah SWT atau mengagungkan benda atau sesuatu selain dari Allah SWT bukan..? Dan banyak lagi lah...

OK.. Hablun minannass... menjaga hubungan dengan manusia pula, adalah dengan berbuat baik kepada orang lain, sesama manusia... Berbuat baik ni seperti jangan menyakiti hati atau perasaan orang lain, atau fizikal mereka. Malah Nabi SAW menyeru kita supaya menyayangi sesama kita... Kita dilarang daripada MEMBENCI seseorang lain... Dan banyak lagi...

Subhannallah... Nabi SAW adalah seorang yang penyayang... Beliau sangat sayang kepada ummatnya... 

Saya dok nampak... kalau kita boleh semai rasa sayang kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita, kehidupan kita pastinya sangat tenang. Jangan sesekali kita ada perasaan benci kepada seseorang... sesiapa sahaja. Rasionalnya, bukankah apa-apa yang berlaku di sekeliling kita, adalah dengan kuasa dan kehendak dan izin Allah SWT jua? Jadi, tidakkah kalau kita marahkan seseorang atau benci seseorang itu, bermakna kita marah dan benci dengan kejadian yang Allah SWT sudah aturkan?... Allahualam...

Jadi, jomlah... sahabat-sahabat, rakan-rakan, sesiapa sahaja... jom semai perasaan kasih sayang sesama kita... Jom kita buang perasaan marah atau benci kepada sesiapa saja? Jom?

Mungkinkah kalau ada rasa marah dan benci kepada seseorang yang lain, ianya adalah berpunca dari hasutan atau bisikan, perdayaan iblis atau syaitan yang licik dan halus, yang cuba merosakkan kita agar kita turut berakhir dalam kerugian seperti mereka?

Subhannallah... Jom kita sama-sama doakan kebaikan kepada semua di sekeliling kita khususnya saudara seagama kita, doakan semoga diperkenankan limpah rahmat Allah SWT serta taufiq dan hidayah... Tentunya kita tak mahu mana-mana saudara seagama kita terbabas dari siraatul mustaqim dan terus sesat sehingga tak dapat kembali kepada kebenaran dan terus menzalimi diri mereka, bukan?...

Allahualam bissawab...




 

May 12, 2014

Bagaimana Nak Goreng Ikan Temenung

Bagaimana nak goreng ikan Temenung atau ikan Kembong? Ya.. entri ni saya tulis khusus kepada sesiapa yang malu nak tanya emak ke, kakak ke, kawan-kawan ke.. atau sesiapa tapi teringin nak cuba goreng ikan atau belajar goreng ikan. Yang dah pandai... jangan gelak ya? Ada orang disebabkan malu kena gelak nak tanya - sampai bila-bila tak cuba lalu tak pandai... Di sini saya akan bagi panduan yang terperinci. InsyaAllah, dari panduan ni, gerenti boleh buat dan akan pandai...

Pengalaman Tak Biasa Beli Ayam dari Penjual Ayam Beriman

Petang kelmarin ni, saya dan isteri pergi ke pasar malam berdekatan nak cari sikit barang-barang masakan yang dah habis, bukan cari makanan macam biasa... sebab di pasar malam pun ada jual barang basah, ikan, sotong, udang, daging, ayam dan lain-lain. Apa yang menarik perhatian kami adalah pakcik yang jual ayam tempat kami beli ayam seekor...

Gambar hiasan





May 11, 2014

Seronok Dapat Ice Cream Maker Kenwood

Setelah lebih kurang seminggu, akhirnya sampai jugak Ice Cream Maker jenama Kenwood yang diorder secara online - Ice Cream Maker IM280 yang boleh muat 1.5 liter ice cream (satu bekas ice cream biasa yang beli kat Giant tu). Yang paling happy sekali, si Sulaiman dengan Tasnim. Dua-dua tu kaki ice cream. Si Adam sebab tak tahu apa-apa, tak nampak sangat keseronokkannya... hahaha..

Selamat Hari Ibu Untuk Anak dan Menantu dari Abah & Ummi

Sekejap tadi my wife (Teacher Mazlina), dapat mesej SMS dari no. handphone Abah di Kelantan...  Mesej SMS 'Selamat Hari Ibu'...

Mesej Selamat hari Ibu


May 10, 2014

Melawat Kawan Lama di Pertandingan Kawad Berirama Karnival Mesra Belia Kedah

Kelmarin, hari Jumaat, dapat tahu ada Karnival Mesra Belia di Stadium Darul Aman, dan ada Pertandingan Kawad Berirama atau Kawad Kreatif dan Kompang Formasi bagi unit-unit beruniform sekolah-sekolah menengah di Kedah. Biasanya, kalau ada pertandingan kawad kaki ni, dah semestinya kawan-kawan dari unit atau Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) akan terlibat sebagai Pengurus Peserta atau Hakim Kawad Kaki...ehehehe... 

May 9, 2014

Portable Swimming Pool

Well, actually... baru lepas baca entry tentang Inflatable Swimming Pool for Toddler by Bubblynotes, terus teringat Portable Swimming Pool for Kids yang ada kat rumah ni suatu masa dahulu. godek-godek balik folder gambar-gambar lama, jumpa lah gambar si Ahmad Adam dan Ahmad Sulaiman tengah mandi dalam Swimming Pool tu... hahahaha... Rasanya, tahun lepas kut ambil gambar ni... masa tu tak ada blog lagi :D

May 8, 2014

Alahai Anak Abah

Seram sejuk tengahri tadi bila masuk bilik abang Mad, nampak pensil, kotak pensil, stationaries abang berterabur atas lantai dan gunting atas katil. Bila pergi dekat... tengok-tengok, tu dia... Ni ummi dia tak tahu lagi ni, bila nak habaq kat ummi tak tahulah. Hari tu jadi dah... baju abah... Alahai, Adam... anak abah ni...

Bertugas di Majlis Jamuan Rasmi Penutup MSSM 2014 Kedah

Semalam berakhirlah Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2014 yang mana Kedah merupakan tuan rumah selepas 14 tahun kali terakhir dulu (tahun 2000), dan malam tadi Kerajaan Negeri Kedah telah meraikan semua kontingen negeri penyertaan dalam Majlis Jamuan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Pagi ni semua kontingen beransur-ansur pulang ke negeri masing-masing :D

May 7, 2014

Nanie Dean: Senarai Peserta 1st Mini GA by NaNie DeaN

Nanie Dean: Senarai Peserta 1st Mini GA by NaNie DeaN


Ni adalah backlink dari blog Naniedean itself... I'm so amazed by the number of participation, especially when it comes to KN first attempt launching a GA...


AWESOME!!!!

SOTO self-made (WW 31)

soto
prepared by Chef MBTW

Cabai Tumbuk Tingkatkan Selera Makan (WW 30)

Kalau ada cabai tumbuk - walaupon bodo-bodo macam tu jer, memang buat tambah selera makan... Lauk ayam ker daging ker pun kurang laku...

Sapa Boleh Tolong? (WW 29)

Siapalah Aku (WW 28)

May 6, 2014

Hilang Mood dan Ahmad Adam

Siang tadi dalam perancangan, nak buat satu entri tentang tip-tip mengambil gambar. Dah sediakan beberapa imej untuk dijadikan contoh. Entri tu, tujuannya nak kongsi sedikit pengalaman yang bukannya sebagai profesional dalam bidang fotografi ni, cuma sekadar ilmu yang diperolehi dari otai-otai fotografi wedding masa jadi pembantu dorang dulu, yang mana atas request Aqilah Azmi dalam komen dia baru-baru ni...



Red Bull Energy Drink - My Favourite

Red Bull Energy Drink - My Favourite |  Minuman Red Bull (Energy Drink) - Minuman Tenaga No.1 di Malaysia! Actually saya baru perasan jer yang dia ni minuman tenaga no.1 di Malaysia - mengikut apa yang dia orang 'claim' lah kan... Tapi sebenar-benarnya, memang my favourite energy drink ialah Red Bull. Saya tak ingat dah bila mula-mula saya start minum Red Bull, cuma yang saya ingat, saya beli sebab nak cuba lepas tengok iklan Red Bull yang agak 'Gempaq' dengan logo dia pun yang 'Gempaq' jugak kat majalah - lama dah dalam lingkungan tahun 2000 atau 2001 dulu lagi...

May 5, 2014

Goreng Ikan Pelata Sambal dan Kangkung Goreng Belacan

Lama betul dah tak masak. Dekat sebulan sepanjang bulan April, lauk asyik beli saja. Hari Jumaat pun tak masak jugak dengan MBWT. Dah tak berapa ingat pasal apa tak masak sendiri dan tak memasak hari Jumaat. Hari ni, kebetulan hari Jumaat lepas pergi cari udang sebab MBTW buat Mee Kuah untuk adik dia yang balik dari Kuala Lumpur, untuk menghadiri Karnival Re-Union Keluarga Susur Jalur Arwah Nenda Hassan (keluarga belah MIL), jadi adalah bahan-bahan mentah yang boleh di masak dengan sedikit sayur kangkung.

Ceri Malaysia

Bila sebut buah ceri, biasanya yang tergambar dalam kepala, buah ceri yang kita biasa tengok orang buat hiasan atas kek dan kadang-kadang bubuh atas ais krim kat kiosk ais krim. Buah merah bulat besar dan rasa yang manis, kebanyakan orang suka... budak-budak pun suka. Tapi saya, biasanya tak berapa suka makan buah ceri yang atas kek tu. Kalau buah ceri tu yang 'fresh', tak tahu pulak rasanya macam mana. Sesiapa yang dah pergi 'oversea' dan jumpa buah ceri tu yang fresh, tahu lah rasa dia macamana kan... Kat Malaysia ni ada ke buah ceri tu yang fresh? Ada sesiapa tahu tak?

May 4, 2014

Aksi Kejar Mengejar Dengan Sesumpah

sesumpah
Petang semalam, masa baru sampai ke rumah dari kenduri akikah BFF MBTW di Jitra, tiba-tiba ternampak seekor Sesumpah atau sumpah-sumpah kat atas pokok tepi rumah. Ehh... lama jugak tak nampak binatang ni seingat saya... Kalau duduk di kampung memang selalu jumpa, tapi rasanya sejak duduk di Alor Setar ni, tak ingat dah bila last sekali jumpa Sesumpah ni... 

2 Kaedah Untuk Menjamin Trafik Ke Blog

InsyaAllah, bila kita berblog, salah satu matlamat yang secara tak langsung dan agak penting adalah memperolehi satu tahap tertentu trafik ke blog kita. Sebenarnya, sedar atau tidak, jumlah trafik ke blog kita merupakan salah satu faktor yang mendorong kita untuk berblog - terus berblog, berblog dengan baik, serta juga mengukuhkan jiwa kita dari segi emosi dan intelektual. Err... itulah sekurang-kurangnya pendapat saya tentang trafik dan aktiviti blogging :D.

May 3, 2014

Alhamdulillah, Menang Contest Best Malaysia Food Hasrul Hassan

Beberapa hari lepas, walaupun 'internet connection' saya sudah pulih, saya telah tidak dapat 'online' untuk dua atau tiga hari disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari semalam saya dah mula balik 'online' serta blogwalking ke blog-blog sahabat blogger yang sentiasa 'update' entri dan yang tinggalkan jejak di 'message box' saya, serta juga yang komen di entri-entri saya. Alhamdulillah... 

Pergi Ke Perasmian MSSM 2014 Kedah Di Stadium Darul Aman

Malam tadi, jam 8.00, kami sekeluarga telah ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah bagi menghadiri Majlis Perasmian MSSM 2014. Tahun ni, Kedah jadi tuan rumah dan si Annur Tasnim pula telah terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara persembahan gym-rama. Manakala Aishah pula, telah terpaksa menghadiri Majlis kerana semua pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah telah diwajibkan...hahahaha. 

May 2, 2014

Belimbing Buluh Untuk Masak Dalca

Masa beli rumah yang sedang kami duduk sekarang ni, di belakang rumah dah ada sepohon pokok Belimbing Buluh. Belimbing Buluh ni bukan macam belimbing bintang biasa tu, dan saya rasa dia bukan dari spesis yang sama... saya rasa lah, sebab bentuk daun dan kedudukan buah dia pun tak sama. Kalau sekali tengok, pokok Belimbing Buluh ni 90% sama dengan pokok Cermai.

Apr 28, 2014

Alhamdulillah, Kembali Ceria

Alhamdulillah... Walaupun lagi dua hari sebenarnya untuk bulan April ini berakhir, sekejap tadi, internet quota 15400MB telah kembali 100% dan sekali gus, mengembalikan keceriaan malam ini dan insyaAllah.. hari-hari yang mendatang. Subhanallah...



Apr 27, 2014

Entri Merapu Bahagian Ke-2

Pagi ni, saya telah berkesempatan untuk berdua-duaan dengan anak bongsu saya, Ahmad Adam Wafa yang baru berusia 3 tahun 4 bulan (lebih kurang) sebab akhir-akhir ni dia refuse to go to the nursery atau 'sekolah' dia. Hendak pulak kelmarin ni atau semalam, dia main dengan 'shaver' saya kat dalam bilik air, entah waktu mana tak perasan, di mana dia dah menoreh beberapa bahagian rambut dia. Kalau zaman saya bebudak dulu, emak saya kata macam kena gerit kat tikus dah rambut. Nak digunting rambut nak perbaiki robekan bekas shaver tu memang tak boleh dah, so jalan terbaik adalah mencukur botak kepala dia. Hahahaha...

Apr 26, 2014

Frust Dan Demotivated

Bulan April ini merupakan bulan yang paling hebat mendapat ujian dan dugaan. Awal bulan hari tu, kena penangan maintenance  ISP, katanya dua tiga hari saja - tapi lepas habis tempoh maintenance, dekat dua minggu, internet speed tak recover. Terhegeh-hegeh satu-satu website nak loading. Blog sendiri pon tak boleh load habis, ada saja widget yang tak load.


Apr 24, 2014

We Are Just Visitor

Yesterday, when I was trying as hard as possible to blogwalking to at least 10 blogs, I accidentally stumbled upon a very interesting blog (to me). It's the 'We Are Just Visitor' blog. When I looked at the description of the blog, it already aroused my interest until I went through the entries one by one and tried to get to know the blog's owner (in a great pain as each entry took nearly 5 to 10 minutes to completely loaded) - at the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box...

Click HERE to visit the blog


Apr 23, 2014

Kabinet Bawah Tangga

Semalam baca entri nOesuhaimi tentang idea tempat simpan barang di rumah kecil, langsung datang idea nak buat tempat letak barang kat bawah tangga, macam kabinet tu... lebih kurang macam dalam gambar kat entri nOesuhaimi tu. Sehari termenung kelmarin dok fikir macamana rupa kalau siap... akhirnya buat sikit lukisan/draft kat dalam Photoshop...



Apr 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Apr 21, 2014

Two Annoying Things When Blogwalking

annoying
These are the TWO most annoying things when blogwalking... and it really pissed me off!. This is my personal view and based on my experience ONLY. And too bad... I am not in the state where I can solve this issues :D


Golongan Yang Mendapat Untung Selepas Kematian Karpal Singh

Subuh -subuh 17hb April yang lalu, saya mendapat blog feed mengenai kejadian kemalangan yang dikatakan meragut nyawa seorang tokoh politik iaitu Karpal Singh. Cuba membuat carian di search engine Google tapi tak banyak berita yang ada dan macam masih tak confirm. So saya post ke facebook request for confirmation lagipun facebook feed sendiri tak heboh lagi berita tersebut.

post tentang kematian Karpal Singh
https://www.facebook.com/raziwafa/posts/

Apr 20, 2014

Buku Denaihati, Santapan Minda

Seperti yang sudah dijangkakan, hari ini, di sekitar jam 12.00 tengahari tadi, buku Denaihati tiba dengan selamatnya. Seronoknya tak dapat dibayangkan, sebelum membuka bungkusan POS tersebut, sempat lagi saya capai D5100 tersayang dan terus selepas melakukan sedikit adjustment pencahayaan, saya 'snap' bungkusan tersebut... ehehhe...

bungkusan mengandungi buku Denaihati

1st Mini GA by NaNie DeaN

First of all I'd like to congratulate Nanie Dean for being able to conduct her First Mini GA... Nanie Dean whom is also known as KN has been one of my favourite bloggers... I just love her sense of humor.. I'm sure many bloggers like KN as much as I do :D. So.. I just can't resist to join her GA as a sign of my support! All the best KN :D... 

Nanie Dean (KN) First Mini GA :D -- Enjoys!!!

Learn From Failure

How do you feel when you try to do something and fail? Normally we would feel frustrated when our effort did not turn out to be as expected, wouldn't we? Sometimes, we also might feel discourage. But there are people who didn't feel anything even when they fail in their attempt. In fact they tend to get even more excited than before :D  I am one of those people who get more excited when I failed in my attempts hahahaha... 

Apr 19, 2014

Aishah Birthday Treat

14th of April, the other day, it was Aishah's birthday date. She was born in the Golden Dragon year.. hahaha... the year 2000. However, we had decided that this year we just celebrate the birthday in the family only since last year we had already had a huge birthday party. So tonight, all of us went to a restaurant belonged to my MIL's friend - Titi Gajah Restaurant, near the Kepala Batas, Alor Setar airport or to be exact, just in front of the new Tabung Haji Hotel. It was private and we really had fun enjoying our meals.

Apr 18, 2014

Pokok Kapal Terbang

Saya sangat yakin ramai remaja sekarang yang tak kenal Pokok Kapal Terbang, terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar. Lagipun, zaman sekarang ni, budak-budak sekolah tak lagi bermain sembunyi-sembunyi atau polis penjahat dan menyorok dalam semak...seperti di zaman saya kanak-kanak dulu.

Apr 17, 2014

Photography Session Around The House II

Semalam masa balik dari ambil Ahmad Yusuf dari sekolah, singgah sebentar di kedai buku Taman PKNK. Tiba-tiba ternampak satu majalah Fotografi - Aperture (keluaran April 2014). Teringat lama dah tak beli majalah Fotografi dan dulu memang melanggan Majalah Digital Camera (tahun 2008 - 2010), kerana masih aktif mengambil gambar 'weddings' dan 'corporate events'.

Buku Denaihati - Top Blog Malaysia


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya mendapatkan buku Denaihati (Top Blog Malaysia) yang telah diperolehi sebagai cenderahati oleh bloggers yang hadir pada SBB2014 baru-baru ini. Setelah membaca review yang menarik ditulis oleh beberapa orang bloggers, termasuk  Hasrul Hassan, tentang buku Denaihati ini, maka saya katakan pada diri saya bahawa buku ini adalah MESTI ADA...

buku Denaihati (Top Blog Malaysia)
Buku blog Denaihati

Apr 16, 2014

Bahaya Mengutuk Orang (WW 27)

Pesanan agar menghindarkan diri dari mengutuk atau memaki/mencaci (melaknat) orang lain.

Bahaya Mengutuk Orang
(Image size : 920x614) Klik kanan pada imej, klik View Image untuk saiz sebenar

Mencari Sahabat (WW 26)

Panduan Mencari Sahabat Dari Wasiat Alqamah al Uthoridy : oleh Imam Al-Ghazali

mencari sahabat
Panduan Mencari Sahabat (imej 940x636 - klik kanan pada imej, klik View Image untuk saiz sebenar)





Apr 15, 2014

Siapa Pakar SEO Malaysia?

Pakar SEO Malaysia
Siapa Pakar SEO Malaysia? Bolehkah kita andaikan bahawa seseorang pakar SEO itu adalah mereka yang tahu segala selok belok tentang ilmu SEO (Search Engine Optimization) sehingga mampu menempatkan artikel atau entri blog mereka, bukan sahaja di muka depan laman enjin carian Google, bahkan berada dalam 4 atau 5 senarai teratas bagi sesuatu kata kunci carian (keyword search)?


No Nasi Lemak For Breakfast

This morning, since there were still a lot of last night's 'nasi' left, Ummi decided to prepare fried rice for breakfast instead of buying 'nasi lemak' from the stall near the mosque as usual. So this morning, everybody ate 'Nasi Goreng Ummi' ehhheheh...



Apr 14, 2014

Simpan Air Untuk Wudhu' Kalau Kena Catuan Air

Sekarang ni di Alor Setar boleh dikatakan setiap malam hujan, alhamdulillah... Syukur yang amat. Dengar cerita, ada tindakan serius di ambil untuk menangani masalah air di Kedah ni oleh pihak-pihak berwajib, seperti mengganti paip tepi jalan dan sebagainya... terima kasih kita ucapkan. Namun begitu, kita masih turut simpati dan turut merasakan kesedihan di atas kepayahan mereka yang masih menghadapi catuan air seperti di beberapa tempat di Selangor. 

Is It Just Me or Everybody Else Too?

Recently, I joined the Blogwalking Segment by Cikgu Ayu (ayuinsyirah.my) and I noticed that the list had been prepared by cikgu ayu. So, today, I was thinking of trying to look for the bloggers who also joined the segment whom I have not yet met online as well as all the bloggers whom I have already known so far, for a blogwalking activity.


Apr 13, 2014

Mayang Sari Atau Sundal Malam?

Ramai juga yang menyangka Mayang Sari tu Sundal Malam. Mungkin sebab kedua-duanya sememangnya harum pada waktu malam sahaja jadi ramai yang terkeliru, tetapi saya berpendapat, Mayang Sari tu bukan Sundal Malam. Tetapi mungkin juga lain tempat lain panggilannya. Walau apa-apa pun Mayang Sari ini sebenarnya juga dikenali sebagai Citharexylum spinosum atau nama botaninya.

Apr 12, 2014

English Pocket Guide

What a relief...  finally managed to finish up type-setting and rearranging the information for the ENGLISH Pocket Guide which is going to be  presented to the Pengetua of SMKTSR... All together 20 pages with some important points where the students must memorized them totally.



Apr 11, 2014

Pohon Ulam Raja Depan Rumah

Saya percaya ramai orang tahu pohon Ulam Raja dan yakin penggemar ulam mesti biasa makan ulam yang dinamakan 'Ulam Raja' ni. Gambar di bawah adalah rimbunan pohon Ulam Raja yang saya tanam sejak tahun 2011 di depan pintu pagar masuk rumah, dan gambar ini diambil pada bulan 11 tahun lepas (2013).

pohon Ulam Raja depan pagar masuk rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...